Demam donut Jepun kini sampai ke Kuala Lumpur apabila I’m donut?, jenama yang terkenal dengan tekstur nama donut yang lembut dan ringan, rasmi membuka cawangan pertamanya di Asia Tenggara di The Exchange TRX.

Dibuka kepada umum pada 12 September 2026, kehadiran I’m donut? ternyata mendapat sambutan hangat sejak hari pertama. Barisan panjang dilihat memenuhi kawasan kedai, malah terdapat perkongsian di media sosial daripada pengunjung yang mendakwa menunggu sehingga dua jam untuk mendapatkan donut pilihan masing-masing.

Buat yang tidak gemar beratur panjang, mungkin lebih baik menunggu sedikit masa sehingga kemeriahan pembukaan reda. Namun, populariti itu bukan datang tanpa sebab.

Diasaskan oleh chef Ryouta Hirako di Jepun, I’m donut? mengambil pendekatan berbeza terhadap donut menerusi nama donut, donut yang mempunyai tekstur sangat lembut, ringan dan halus, sekali gus memberikan pengalaman yang berbeza daripada donut konvensional.

Cawangan Kuala Lumpur menawarkan lebih 30 pilihan, termasuk beberapa ciptaan ikonik seperti I’m donut? Original, Nama French Cruller, Pistachio Cream, Cacao dan Custard. Menariknya, terdapat juga rangkaian perisa yang dicipta khusus untuk pasaran Malaysia.

Antaranya termasuk Hojicha Kaya Jam, Milo Glazed, Masala Chicken, Banana Fritter Caramel dan Pandan Coconut Cream, selain beberapa pilihan lain yang menggabungkan cita rasa tempatan dengan elemen Jepun.

Antara pilihan yang paling menyerlah ialah Baked Vanilla Chocolate, dengan gabungan rasa vanila dan coklat yang seimbang serta tekstur donut yang begitu lembut. Lapisan ‘terbakar’ di atas donut mencipta letusan rasa yang lain daripada lain.

 Hojicha Kaya Jam pula memberikan sentuhan yang lebih unik menerusi padanan teh hojicha dengan kaya, manakala Matcha Anko Sando mengetengahkan gabungan matcha dan pes kacang merah yang cukup sinonim dengan pencuci mulut Jepun.

Bagi yang lebih gemarkan rasa manis, Banana Fritter Caramel menawarkan karakter yang lebih kaya dengan salutan karamel dan rasa pisang. Namun, bagi selera yang tidak begitu menggemari rasa manis, pilihan ini mungkin terasa sedikit keterlaluan.

Secara keseluruhan, I’m donut? bukan sekadar membawa jenama donut popular dari Jepun ke Kuala Lumpur, tetapi turut memperkenalkan cara baharu menikmati donut menerusi tekstur dan gabungan rasa yang tidak begitu konvensional.

Terletak di GS.05.0, The Exchange TRX, kedai ini dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Buat masa ini, satu perkara yang mungkin perlu dimasukkan dalam senarai persediaan sebelum berkunjung ialah satu lagi bahan, kesabaran.

@travellahmy

🍩🇯🇵 JAPAN’S I’M DONUT? HAS FINALLY ARRIVED IN MALAYSIA! Donut lovers, this is NOT a drill! 😍 Japan’s viral I’m donut? is officially opening its first Southeast Asia store right here in Kuala Lumpur! 🎉 📍The Exchange TRX, Kuala Lumpur 📅 Starting 12 September 2026 📌 GS.05.0 And here’s the exciting part… The KL store will have Malaysia-exclusive flavours you won’t find elsewhere! 🌿 Pandan Coconut Cream 🍫 Milo Glazed 🍵 Hojicha Kaya Jam 🫖 Cham 🍌 Banana Fritter Caramel 🍛 Masala Chicken …and MANY more! With more than 30 flavours available, I’m donut? is bringing its Japanese nama donut experience together with flavours inspired by Malaysia. So… would you queue for I’m donut? tomorrow? Tag your donut buddy! #donut #imdonut #theexchangetrx #foodie #dessert

♬ เสียงต้นฉบับ – user6785596827356 – ทองเอก
Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah