Kedai fizikal HMNS (Humans) di Grand Indonesia kini bukan lagi sekadar destinasi untuk pelanggan tempatan.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah pengunjung dari Malaysia yang datang khusus untuk membeli minyak wangi dari jenama kebanggaan Indonesia ini.

Menariknya, pelanggan dari seberang tambak ini tidak hanya membeli satu varian sahaja. Setelah
mencubanya, mereka berasa teruja dan akhirnya membeli pelbagai jenis wangian seperti Farhampton,
ORGSM, Alpha dan lain-lain.
Pelanggan berasa terpesona dengan kualiti haruman serta pembungkusan yang premium namun harga yang masih mampu milik.
Salah seorang penyelia di HMNS turut berkongsi bahawa berdasarkan data dalaman dan pemerhatian di kedai, ratusan pelanggan dari Malaysia telah membeli produk HMNS sepanjang lawatan mereka ke
Jakarta dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
“Kami dapat lihat HMNS kini sudah menjadi salah satu senarai pembelian utama rakyat Malaysia apabila mereka melancong ke sini,” katanya.
Trend ini bukan sahaja menunjukkan daya tarikan serantau HMNS yang semakin meningkat, tetapi
juga mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi wajib dikunjungi untuk pelancong antarabangsa terutamanya dari Malaysia.
“Mula-mula saya cuma nak cuba sebab kawan saya di Malaysia memakai HMNS selepas membeli dari Marketplace dan baunya yang tahan lama. Tapi apabila sudah sampai di kedai, saya jadi rambang mata sebab semua bau dia sedap-sedap belaka. Akhirnya saya beli tiga,” kata Aqilah, seorang pengunjung dari Selangor.
Fenomena ini turut disahkan oleh pasukan runcit HMNS di lokasi.
“Iya, katanya tiga bulan terakhir memang makin banyak pengunjung dari Malaysia yang datang membeli HMNS. Biasanya kalau liburan ke Medan atau Jakarta, mereka sekalian mampir ke store. Bahkan ada yang sampai jastip juga haha,” kata Mada, seorang penyelia di kedai HMNS Grand Indonesia.
Produk HMNS dikenali dengan formulasi haruman yang kompleks dan unik, karakter yang berani serta
naratif jenama yang tersusun. Digabungkan dengan penjenamaan yang menonjol dan pengalaman membeli-belah yang tersusun dengan baik, jenama ini tampil sebagai moden dan eksklusif namun tetap
inklusif.
“Brand ni rasa macam proper, kedai yang kemas dan pengalaman membeli di situ memang selesa. Macam jenama antarabangsa, tapi rupa-rupanya buatan Indonesia,” tambah Aqilah.
Fenomena ini membuktikan bahawa minyak wangi tempatan Indonesia, apabila dihasilkan dengan kualiti tinggi, identiti yang jelas, dan naratif jenama yang kuat, mampu menarik perhatian pengguna serantau secara organik.
HMNS berjaya memenuhi keperluan pembeli moden yang mencari haruman unik, produk bereka bentuk menarik, serta nilai bermakna dalam setiap pembelian.



Rizky Arief Dwi Prakoso, Pengasas HMNS, turut berkongsi rancangan jenama tersebut untuk
berkembang ke peringkat serantau susulan permintaan yang semakin meningkat dari pelanggan
Malaysia.

“Kami teruja untuk berkongsi bahawa HMNS akan membuka kedai rasmi pertama kami di salah satu pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur menjelang suku keempat tahun ini,” kata Rizky.
Beliau turut menambah bahawa HMNS juga sedang merancang untuk memasuki pasaran Singapura dan Vietnam tidak lama lagi menandakan lembaran baharu buat jenama minyak wangi Indonesia ini dalam menembusi pasaran Asia Tenggara.
Dengan permintaan yang semakin meningkat dari pasaran Malaysia, ramai pelanggan kini berharap agar HMNS akan segera membuka kedai fizikal rasmi di Kuala Lumpur atau bandar utama yang lain.
Buat masa ini, pelanggan Malaysia boleh mendapatkan produk HMNS melalui Shopee dan TikTok Shop.

