Pengalaman mengembara tidak semestinya bermula di lapangan terbang. Kadangkala, ia boleh bermula dengan sesuatu yang lebih ringkas – seperti menikmati secawan teh yang membawa kisah budaya dan seni dari dua benua berbeza.

Bermula 3 Julai, CHAGEE memperkenalkan Apple English Breakfast Tea menerusi partnership CHAGEE | Tate, sekali gus menggabungkan tradisi minum teh yang bermula di Asia dengan inspirasi karya seni daripada koleksi Tate di United Kingdom.

Lebih daripada sekadar memperkenalkan perisa baharu, inisiatif ini meraikan bagaimana makanan, minuman dan seni mampu menjadi bahasa yang merentasi sempadan budaya.

Apple English Breakfast Tea dihasilkan daripada gabungan lima jenis teh premium yang berasal dari India, China dan Taiwan sebelum dipadankan dengan ekstrak epal Red Fuji.

Setiap daun teh diproses secara berasingan sebelum digabungkan bagi menghasilkan keseimbangan rasa yang kaya, lembut dan menyegarkan, sekali gus mencerminkan perjalanan tradisi teh yang telah berkembang merentasi pelbagai tamadun selama berabad-abad.

Keistimewaan partnership CHAGEE | Tate turut diterjemahkan menerusi koleksi pembungkusan dan barangan edisi terhad yang diinspirasikan oleh tiga karya seni daripada koleksi Tate.

Selain cawan dan beg pembawa berpenebat yang dihiasi karya seni ikonik, orang ramai juga boleh mendapatkan koleksi eksklusif seperti Apple Edition Artist Shawl, Apple Edition Umbrella, Apple Edition Keepsake Magnets dan Apple Edition Blanket.

Direka sebagai koleksi yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian, setiap item membolehkan peminat membawa pulang sentuhan seni sambil menjadikan pengalaman menikmati teh lebih bermakna.

Bagi pencinta perjalanan, pengalaman menikmati budaya sesebuah destinasi sering kali bermula melalui citarasa dan seni.

Menerusi partnership ini, CHAGEE membuka ruang kepada orang ramai untuk menghargai karya seni ikonik dalam suasana yang lebih santai dan dekat dengan kehidupan seharian.

Secawan teh bukan lagi sekadar minuman, sebaliknya menjadi medium yang menghubungkan tradisi Timur dengan warisan seni Barat.

Partnership selama setahun antara CHAGEE dan Tate juga mempunyai matlamat yang lebih besar.

CHAGEE menyokong usaha pemuliharaan karya berasaskan kertas dan fotografi dalam koleksi Tate bagi memastikan khazanah seni tersebut terus dipelihara untuk dinikmati oleh generasi akan datang. Ia mencerminkan kepercayaan bersama bahawa budaya dan seni perlu terus hidup, mudah diakses serta dikongsi merentasi generasi.

Bersempena pelancarannya, CHAGEE Malaysia turut menganjurkan pertandingan seni CHAGEE’s Got Talent serta beberapa aktiviti di cawangan terpilih yang diinspirasikan oleh karya daripada koleksi Tate.

Apple English Breakfast Tea boleh didapati di semua outlet CHAGEE di Malaysia dan menerusi aplikasi CHAGEE bermula 3 Julai, selagi stok masih ada.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah