Sempena Aidilfitri tahun ini, Pavilion Bukit Jalil tampil dengan kempen perayaan bertemakan ‘Joyful Aidilfitri – Together, Here.’ yang berlangsung dari 27 Februari hingga 29 Mac 2026.
Kempen selama sebulan ini menjanjikan pelbagai aktiviti mesra keluarga, pengalaman membeli-belah serta pilihan berbuka puasa yang menarik untuk pengunjung.
Bagi memeriahkan sambutan, Pavilion Bukit Jalil bekerjasama dengan studio animasi tempatan Monsta dengan menampilkan watak popular seperti BoBoiBoy, Mechamato dan Papa Pipi.
Kehadiran adiwira kegemaran ramai ini bukan sahaja menceriakan suasana perayaan, malah memberi peluang kepada kanak-kanak dan keluarga untuk berinteraksi dengan maskot serta menyertai pelbagai aktiviti khas sepanjang kempen.
Seluruh pusat beli-belah dihiasi dengan dekorasi yang diinspirasikan daripada dunia animasi BoBoiBoy dan Mechamato.

Hiasan yang berwarna-warni ini memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada pengunjung, sekali gus menjadikan Pavilion Bukit Jalil destinasi menarik untuk bergambar dan menikmati suasana Raya.
Antara tarikan utama kempen ini ialah Monsta Galaxy Card Tournament, yang diadakan pada beberapa hujung minggu sepanjang bulan Mac di Centre Court. Pertandingan permainan kad ini terbuka kepada peminat dari pelbagai peringkat umur yang berpeluang memenangi hadiah, pek promosi dan pingat.
Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai Monsta Mascot Parade, di mana maskot seperti Amato daripada Mechamato serta Papa Zola dan Pipi Zola akan berarak bersama kanak-kanak menaiki kereta api mini di dalam pusat beli-belah. Perarakan ini berakhir di Centre Court dengan permainan mini serta pemberian hadiah kepada peserta.
Bagi mereka yang ingin menikmati hiburan santai bersama keluarga, Pavilion Bukit Jalil turut menganjurkan Sunday Movie Screening with Monsta, yang menayangkan rancangan animasi Monsta setiap Ahad terpilih.
Tayangan ini disertai kuiz dan penampilan khas maskot bagi menambahkan lagi keseronokan kepada pengunjung.
Selain aktiviti hiburan, kempen ini turut menampilkan pelbagai program komuniti dan budaya seperti bengkel seni batik ikat dan celup serta perarakan fesyen batik oleh pelajar UCSI University.
Aktiviti ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali dan menghargai seni tradisional Malaysia dalam suasana perayaan.



Dengan lebih 600 jenama runcit serta lebih 150 pilihan makanan dan minuman, Pavilion Bukit Jalil juga menjadi destinasi menarik untuk membeli-belah persiapan Raya dan menikmati hidangan berbuka puasa bersama keluarga serta rakan-rakan.
Melalui gabungan aktiviti hiburan, budaya dan pengalaman membeli-belah, kempen “Joyful Aidilfitri – Together, Here.” menjadikan Pavilion Bukit Jalil sebagai salah satu destinasi utama untuk merasai kemeriahan Ramadan dan Aidilfitri di Kuala Lumpur.

