Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Spritzer EcoPark menjemput rakyat Malaysia berehat sejenak dari kesibukan serta hiruk-pikuk di kota dengan meraikan lebaran dalam suasana tenang, damai dan menyegarkan.

Terletak di Taiping, bandar yang menerima taburan hujan tertinggi Malaysia, Spritzer EcoPark sekali lagi bakal berubah wajah menjadi destinasi Raya yang mengimbau keseronokan balik kampung, menggabungkan dekorasi tradisional dengan kehijauan alam semula jadi yang mendamaikan. 

Menjelang Syawal, para pengunjung boleh menyaksikan pelbagai dekorasi tradisional Raya seperti ketupat, pelita, pintu gerbang dan hiasan bermotifkan bulan sabit serta arca wau berwarna-warni bermula dari 10 Mac 2026.

Elemen-elemen perayaan yang ikonik ini memeriahkan lagi suasana lebaran di Spritzer EcoPark di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dan kemesraan, menjadikan Hari Raya tahun ini lebih bermakna.

Dengan latar kehijauan alam semula jadi EcoPark, dekorasi perayaan ini menawarkan pengalaman berbeza buat pengunjung yang ingin menghayati semangat Raya dan melupakan kesibukan kota.

Orang ramai dijemput untuk bersiar-siar, menikmati pemandangan indah sambil meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan. Untuk masuk ke Spritzer EcoPark, tiada bayaran akan dikenakan untuk semua pengunjung.

Elemen Raya yang ikonik seperti ketupat, pelita dan wau yang berwarna-warni menghiasi laluan di Spritzer EcoPark, membangkitkan suasana ceria balik kampung di setiap sudut taman

“Hari Raya merupakan waktu di mana orang ramai pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama meraikan hari yang mulia. Namun, dengan peningkatan urbanisasi serta faktor jarak, tidak semua berpeluang untuk sering pulang ke kampung halaman.”

“Melalui Spritzer EcoPark, kami berharap dapat menyediakan destinasi alternatif yang dapat memupuk semangat kebersamaan dan kekitaan dalam suasana di mana pengunjung boleh menenangkan fikiran, mengeratkan hubungan dengan orang tersayang serta menikmati musim perayaan di dalam persekitaran semula jadi yang menyegarkan,” kata Ketua Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin.

Dari 19 hingga 29 Mac 2026, para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti istimewa, menjadikan Spritzer EcoPark sebagai hab keceriaan untuk semua peringkat umur.

Pengunjung boleh turut serta bengkel DIY dan kraf bertemakan Raya, di mana semua ahli keluarga boleh mencipta cenderahati raya yang unik sambil bergembira bersama-sama.

Selain itu, para pengunjung juga boleh meneroka keindahan taman ini bersama keluarga sambil menaiki Paddle Cart. Selain itu, Padang Mini Golf 18 lubang yang menjadi tarikan popular sepanjang tahun menawarkan pengalaman lebih unik dengan penggunaan bola golf LED edisi terhad, sesuai untuk dijadikan sebagai cenderamata istimewa yang dapat menyerikan lagi Hari Raya. 

Sebelum pulang untuk membuat persiapan rumah terbuka, pengunjung juga boleh singgah di ‘Water Shop’ untuk mendapatkan produk Spritzer bagi memastikan para tetamu kekal segar dan terhidrat sepanjang sambutan Raya.

Pelbagai barangan serta cenderamata eksklusif juga boleh didapati di ‘Souvenir Shop’, sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah atau tanda kenangan kunjungan ke taman yang serba indah ini.

Sinaran lampu bercahaya dan dekorasi indah ini mencerminkan komitmen Spritzer EcoPark untuk terus mencipta pengalaman bermakna berinspirasikan alam semula jadi yang dapat menyatukan komuniti serta memupuk kreativiti, kemampanan, dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar. 

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah