Airbnb membawa khabar gembira kepada para pengembara Malaysia apabila mengumumkan cara pembayaran yang lebih fleksibel untuk menempah penginapan.

Tempah Sekarang, Bayar Kemudian memberikan peluang kepada pengembara Malaysia yang menempah penginapan yang layak di seluruh dunia untuk menempah penyenaraian tanpa membayar apa-apa ketika tempahan dilakukan.

Ini merupakan langkah besar dalam komitmen Airbnb untuk menawarkan pilihan yang lebih fleksibel kepada tetamu, dan mereka yakin langkah terbaharu ini akan menghasilkan lebih banyak tempahan untuk hos.

Pelancaran Tempah Sekarang, Bayar Kemudian yang diperkenalkan di Amerika Syarikat baru-baru ini membuktikan berlaku peningkatan jumlah malam dan tempat duduk yang ditempah.

Tersedia untuk penyenaraian yang layak di seluruh dunia (tidak termasuk bayaran dalam mata wang Real Brazil (BRL), Rupee India (INR) atau Lira Turkiye (TRY), dengan polisi pembatalan sederhana atau fleksibel, tetamu tidak perlu membayar jumlah penuh sehingga sebelum tamat tempoh pembatalan percuma penyenaraian tersebut.

Polisi pembatalan yang dipilih oleh hos tidak berubah, dan kerana bayaran daripada tetamu sentiasa perlu dibayar sebelum tempoh pembatalan percuma berakhir, hos mempunyai masa untuk mendapatkan tempahan lain walaupun jika tetamu membuat pembatalan.

@travellahmy

Larilah sembunyikan diri dari persekitaran menyesakkan dan rutin harian yang membosankan jika diri terasa semakin lemas. Rehatkan diri, damaikan hati. 📍Coconest Langkawi Tanjung Rhu Mangrove Tour Jetty Langkawi, Kedah. #rest #coconestlangkawi #langkawi #kedah #tiktok #percutian #fyp

♬ So Easy – Tripov
Coconest Langkawi antara penginapan yang tersenarai di platform Airbnb

Kemudahan pembayaran ini diperkenalkan apabila data baharu mendedahkan bahawa pengembara hari ini mencari lebih fleksibiliti apabila menempah penginapan, terutamanya perjalanan yang melibatkan kumpulan ramai. Ini kerana mereka memerlukan masa untuk mengumpul dana daripada rakan atau keluarga.

Satu lagi ciri kemudahan Tempah Sekarang, Bayar Kemudian ialah pengembara boleh memilih kemudahan Bayar Sebahagian Sekarang, Sebahagian Kemudian, di mana tetamu boleh membayar sebahagian semasa membuat bayaran dan selebihnya apabila hampir tiba masa untuk daftar masuk.

Jadi, tunggu apa lagi? Rancanglah percutian idaman!

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah