Vietjet kembali dengan kempen hujung tahun yang dinanti-nantikan, ‘Thank Yourself with Festive Flights – Let’s Vietjet‘, khas untuk rakyat Malaysia yang mahu meraikan pencapaian diri dengan percutian yang benar-benar bermakna.
Sepanjang minggu promosi dari 24 hingga 30 November 2025, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 100%, daftar masuk bagasi percuma, tawaran tambang premium, serta eSIM percuma ke Vietnam.
Nikmati Diskaun Sehingga 100% Tambang ke Vietnam

Sepanjang tempoh promosi, rakyat Malaysia boleh menempah tambang istimewa ke seluruh rangkaian antarabangsa Vietjet termasuk penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Hanoi, Ho Chi Minh City dan Da Nang.
Dengan memasukkan kod promosi: THANKME, pengembara akan menikmati:
- Diskaun sehingga 100% untuk tiket Eco Class
- Sah untuk semua laluan domestik dan antarabangsa Vietjet
- Tidak termasuk cukai & yuran
- Tempoh perjalanan: 5 Januari – 27 Mei 2026 (tidak termasuk cuti umum & tempoh puncak)
Tawaran Tambahan: Bagasi 20kg Percuma untuk Laluan Terpilih
Vietjet turut menawarkan bagasi daftar masuk percuma 20kg bagi laluan tertentu antara Malaysia dan Vietnam:
Tempoh 5 Januari – 28 Januari 2026 (sehala):
- Da Nang → Kuala Lumpur
Tempoh 4 Mei – 28 Mei 2026 (dua hala):
- Ho Chi Minh City ↔ Kuala Lumpur
- Hanoi ↔ Kuala Lumpur
- Da Nang ↔ Kuala Lumpur
Tambang Premium Serendah RM283
Bagi mereka yang mahukan pengalaman lebih mewah, Vietjet menawarkan tambang istimewa untuk laluan domestik Vietnam:
- SkyBoss serendah VND1.8 juta (± RM283)
- Business Class serendah VND2.5 juta (± RM393)
- Tempoh perjalanan: sehingga 31 Januari 2026 (tidak termasuk cuti umum & musim puncak)
Pelanggan kelas premium boleh menikmati pelbagai keistimewaan termasuk perkhidmatan keutamaan, kemudahan premium dan pengalaman perjalanan lebih selesa.
eSIM Percuma untuk Pelancong Antarabangsa
Vietjet turut memberikan eSIM percuma 500MB (sah 31 hari) kepada pelancong antarabangsa yang melancong ke Vietnam dan membuat tempahan sebelum 31 Disember 2025 atau sementara stok masih tersedia.
Pengguna hanya perlu memilih opsyen eSIM ketika menempah tiket melalui laman web atau aplikasi mudah alih Vietjet.
Teroka Vietnam dengan Penerbangan Terus dari Kuala Lumpur
Penerbangan langsung Vietjet memudahkan rakyat Malaysia untuk menjelajahi tarikan terbaik di Vietnam:
- Ho Chi Minh City – Syurga makanan, budaya moden & hiburan malam
- Hanoi – Kota penuh sejarah dan pesona budaya
- Da Nang – Pintu masuk ke pantai indah, Hoi An & Ba Na Hills
Dari bandar-bandar ini, pengembara boleh meneruskan perjalanan ke destinasi popular lain seperti Nha Trang, Phu Quoc, Da Lat dan Hue.

Pengalaman Dalam Penerbangan Bertema Perayaan
Bersempena kempen “Thank Yourself”, Vietjet akan mengadakan sambutan khas dalam penerbangan terpilih dari sekarang hingga Februari 2026, termasuk:
- Hiburan bertema Krismas & Tahun Baru
- Kejutan romantik Hari Kekasih
- Sambutan Tahun Baru Cina 2026
- Peluang memenangi hadiah istimewa
Rebut peluang menikmati tawaran perayaan Vietjet hari ini melalui laman web rasmi: www.vietjetair.com atau aplikas mudah alih: Vietjet Air
Raikan pencapaian anda tahun ini dan “Thank Yourself” dengan percutian penuh kegembiraan ke Vietnam!

