Sudah tiga dekad Toy Story menghiburkan kita dengan kisah persahabatan Woody dan Buzz Lightyear.

Sempena ulang tahun ke-30, Levi’s® berkolaborasi dengan Disney dan Pixar memperkenalkan koleksi edisi khas Levi’s® x Toy Story 30th Anniversary, rangkaian denim, jaket dan aksesori yang meraikan semangat koboi moden. Koleksi ini bukan sahaja fesyen, tetapi helaian penuh cerita yang sesuai digayakan sambil mengembara.

Inspirasi Barat di Tengah Bandar

Watak Woody memberi sentuhan koboi klasik kepada koleksi lelaki. Jaket denim Type III Trucker dengan sulaman ‘You’ve Got a Friend in Me’ atau Western Shacket berinspirasikan kemeja koboi boleh anda padankan ketika melancong ke bandar bersejarah seperti George Town, Pulau Pinang.

Jalannya yang penuh mural seni dan warisan kolonial sesuai untuk gaya santai dengan sentuhan vintage ala Wild West.

Western Shacket
Jaket denim Type III Trucker

Gaya Bebas Wanita ala Jessie

Untuk wanita, semangat riang Jessie diterjemahkan ke dalam Type II Jacket dan jeans Ribcage Bell dengan corak lembu unik.

Bayangkan gaya ini ketika bercuti ke Kundasang, Sabah, dikelilingi ladang lembu, udara sejuk dan latar Gunung Kinabalu. Setiap helaian membuatkan anda terasa benar-benar berada di dunia koboi moden dengan pemandangan semula jadi menakjubkan.

Streetwear Bertema Animasi

T-shirt grafik dan hoodie dengan cetakan Woody, Buzz dan Alien sesuai untuk gaya jalanan. Jika anda ke Tokyo Disneyland atau Hong Kong Disneyland, t-shirt ini bukan sahaja menjanjikan keselesaan, tetapi ia pilihan sempurna untuk bergambar dengan watak kegemaran.

T-shirt dengan cetakan watak animasi

Aksesori Pengembara

Tiada percutian lengkap tanpa aksesori. Logo Hat dengan cetakan timbul Pixar sesuai untuk melindungi wajah ketika menjelajah padang pasir di Dubai atau ketika berjalan di sepanjang jalan terbuka di Bromo, Indonesia.

Manakala All Over Print Tote Bag praktikal untuk menyimpan kamera, botol air dan cenderahati kecil. Jika inginkan gaya lebih playful, 3-Pack Bandana berwarna-warni boleh diikat pada beg galas atau dipakai sebagai aksesori kepala.

Satu lagi ciri menarik koleksi ini ialah, hampir setiap helaian hadir dengan butiran kecil seperti tulisan tangan Andy atau grafik Saddleman, seakan telur Easter yang membawa peminat kembali ke kotak mainan Andy. Ini menjadikan koleksi ini bukan sahaja fesyen, tetapi juga penceritaan yang boleh dipakai.

Di Mana Boleh Didapati?

Koleksi ini akan dilancarkan pada 4 Oktober 2025 dan boleh didapati di butik Levi’s® Mid Valley Megamall, The Exchange TRX, Suria KLCC serta secara dalam talian di https://levi.com.my./

Share:
, , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah