The Exchange TRX menyambut musim Raya kali ini dengan kempen ‘A Luminous Raya’, satu sambutan mempesonakan yang menggabungkan tradisi dan keanggunan moden.
Berlangsung dari 7 Mac hingga 6 April 2025, kempen ini mengubah The Exchange TRX menjadi dunia seni yang dilimpahi kemilau cahaya, persembahan yang memukau serta deretan promosi jualan untuk mencipta pengalaman membeli-belah menggembirakan.

“Musim Ramadhan dan Raya adalah masa untuk bermuhasabah, membentuk hubungan serta kegembiraan bersama.”
“Dengan ‘A Luminous Raya’, kami ingin mewujudkan satu ruang yang memberi peluang kepada pengunjung untuk meraikan musim ini dengan cara bermakna disertai dengan visual yang menakjubkan,” ujar Ketua Pemasaran di The Exchange TRX, Jessica Leong.
“Daripada hiasan yang imersif kepada pameran budaya yang menawan, setiap elemen direka untuk menghormati tradisi sambil menghayati semangat kontemporari yang penuh warna,” tambah beliau.
Pengunjung akan disambut dengan hiasan yang diilhamkan oleh seni bina Islam moden, menampilkan motif menara yang kompleks, tanglung bercahaya dan elemen taman yang elegan.
Menguasai bahagian tengah pentas di Central Exchange, pemasangan lampu secara besar-besaran berfungsi sebagai penghormatan yang mempesona kepada kemesraan dan kemegahan Hari Raya.
Terdapat juga sebuah terowong cermin infiniti yang menawarkan peluang bergambar yang memukau, sekaligus merakam intipati musim melalui interaksi cahaya dan pantulan.



Agar sambutan perayaan ini lebih bermakna dan ‘hidup’ The Exchange TRX dengan bangganya turut membawa pelbagai persembahan kebudayaan yang menghiburkan, sekaligus menarik pengunjung untuk menyelami warisan seni Malaysia.
Pengunjung boleh menikmati alunan irama gamelan, kesenian penceritaan wayang kulit, dan pergerakan dinamik silat serta kuda kepang, di samping persembahan muzik secara langsung.



Persembahan yang menarik ini akan dijalankan sepanjang kempen, menawarkan pengalaman budaya yang mewah serta dapat melengkapkan perayaan musim ini.
Di sebalik perayaan, The Exchange TRX menawarkan pengalaman membeli-belah dan menjamu selera yang lebih hebat buat mereka yang sedang membuat persiapan untuk Raya.
Restoran Meriah contohnya mempersembahkan Dulang Warisan untuk pengunjung menjamu selera ketika berbuka puasa. Dulang ini merupakan satu jamuan tradisional untuk dua orang.

Sementara Venchi menambah keindahan musim dengan Koleksi Ramadan 2025 mereka, diinspirasi oleh keindahan kaca Murano, menampilkan coklat artisanal yang dihiasi dengan serlahan emas, bulan sabit dan motif tanglung.
Bagi mereka yang merancang perjalanan perayaan mereka, Samsonite menawarkan rangkaian bagasi yang bergaya dan berfungsi dengan promosi istimewa Raya.
Pengunjung juga boleh meneroka tawaran perayaan eksklusif daripada Habib, Giorgio Armani, Jo Malone dan banyak lagi, menjamin perayaan yang bergaya.
Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.theexchange.my/, atau ikuti The Exchange TRX di Facebook dan Instagram.