Jakarta sememangnya terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan kesukaan warga Malaysia. Selain jaraknya yang tidak terlalu jauh dan kosnya yang tidak terlalu mahal, ia juga kerap menjadi tumpuan berkat ajnas pilihan penginapannya yang menarik.
Tidak dapat dinafikan terdapat puluhan penginapan mewah di bandar raya Jakarta namun ada yang lebih menonjol berbanding yang lain. Teguh memuncak di bandar raya Jakarta di Indonesia, penginapan berkonsep pangsapuri moden Citadines Gatot Subroto adalah sebuah penginapan berjenama antarabangsa dan terkenal dengan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.

Berpayungkan jenama tersohor di bawah kumpulan Ascott, pangsapuri moden dengan perkhidmatan ini mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Apatah lagi, jenama Citadines memang salah satu jenama penginapan antarabangsa yang sangat popular di mata dunia.
Terletak di kawasan popular Jakarta Selatan, ia mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Berada di kawasan yang dipenuhi peginapan berprestij serta pusat perniagaan komersial, ia juga berdekatan dengan stesen LRT terbaharu iaitu stesen Pancoran Barat yang memang tersohor dalam kalangan penduduk tempatan.
Jaraknya dari lapangan terbang ke penginapan ini juga tidak terlalu jauh. Jangka masa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta ke pangsapuri mewah ini juga tidak sampai 40 minit.
Berbekalkan aneka unit pangsapuri yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, pangsapuri ini turut menawarkan pemandangan kota yang menakjubkan dari jendela bilik di tingkat atas.


Tersedia pelbagai pilihan penginapan di sini seperti studio, pangsapuri dengan satu, dua dan juga tiga bilik tidur.
Ia juga dilengkapi dengan sebuah kafe khas untuk tujuan sarapan yang menawarkan hidangan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat, ia juga menampilkan pelbagai perkhidmatan lain seperti bilik permainan anak-anak buat para penghuni.


Tidak ketinggalan, penginapan ini turut dilengkapi dengan sebuah kolam renang, gimnasium, bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar selain perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.

Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa, Citadines Gatot Subroto Jakarta wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemewahan dan berlokasi strategik.
Untuk maklumat lanjut layari saman sesawang Citadines Gatot Subroto, Jakarta.

Terima kasih juga kepada Samurai Wifi Malaysia kerana menyediakan sambungan internet buat penulis sepanjang berada di Indonesia. Sekiranya anda perlukan sambungan wifi di luar negara pada harga yang murah jangan lupa layari laman sesawang Samurai Wifi Malaysia. Apatah lagi, satu peranti boleh dikongsi dan menyediakan sambungan wifi untuk lebih daripada satu alat. Untuk keterangan lanjut, cubalah melanggan untuk percutian luar negara anda seterusnya.