Jika anda menggemari aktiviti luar yang hebat, perkelahan yang menakjubkan di bawah kerlipan cahaya bintang-bintang, dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang indah dan udara pergunungan yang dingin dan segar mungkin merupakan pengalaman percutian yang sempurna!
Pada 27 dan 28 Oktober ini, nikmati malam yang mengagumkan yang dipenuhi dengan gelak tawa, permainan klasik dan hiburan yang menarik di ‘Picnic Under the Stars’ yang mesra keluarga di Resorts World Awana, The Great Lawn.
Pengalaman perkelahan di 3,100 kaki di atas paras laut dengan Makan Malam Great Lawn ini hanya dilakukan pada 27 dan 28 Oktober untuk minggu Halloween dari jam 5:30 petang hingga 10:00 malam.
Terokai keajaiban langit malam dengan menikmati pemandangan bintang yang romantis. Peserta atau pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti yang menarik untuk mengisi masa sambil mendekatkan diri dengan alam semula jadi.
Nikmati lagu-lagu merdu daripada pemuzik dan imbas kembali kenangan dengan permainan zaman kanak-kanak nostalgia seperti kerusi muzik, teka lagu dan pertarungan belon yang mendebarkan!
Terdapat juga banyak bengkel yang menarik untuk mereka yang berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru. Bukan itu sahaja, pengunjung juga akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah istimewa di mana empat peserta bertuah akan berpeluang melanjutkan pengalaman mereka dengan pakej lawatan sehari istimewa bernilai RM460!
Bagi keluarga yang ingin merapatkan hubungan kekeluargaan dengan cara yang berbeza, Pakej Keluarga ‘Berkelah Di Bawah Bintang’ ini sudah pasti memenuhi keperluan dua dewasa dan dua kanak-kanak, dan ianya berharga RM288.
Anda sekeluarga akan duduk di atas tikar berkelah yang selesa, dan akan menerima kusyen, meja dan khemah sendiri untuk bersama-sama mencipta kenangan malam yang menggembirakan.
Bagi rakan-rakan dan pasangan yang ingin berkongsi pengalaman luar biasa ini, caj masuk yang dikenakan ialah RM88 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak di bawah 140cm. Jika ingin tempat duduk yang selesa iaitu khemah, anda dinasihatkan datang secara berkumpulan. Jika tidak, tempat duduk adalah secara bebas.
Sekiranya ini menarik minat anda, jangan teragak-agak untuk membuat tempahan. Emailkan kepada awanaf&b@rwgenting.com. Kanak-kanak yang berpakaian kostum spooky boleh mengambil bahagian dalam pertandingan kostum Halloween. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.rwgenting.com/content/rw-genting/web/en/hotels/resorts-world-awana/things-to-do/picnic-under-the-stars.html.