KidZania Kuala Lumpur, kemudahan didik hibur untuk kanak-kanak yang terulung di Malaysia, teruja untuk mengumumkan penambahan tiga rakan kerjasama yang dinamik, Pandamart, Restoran Teishoku Jepun YAYOI dan Jac & Ivy.
Kerjasama ini akan menarik minda muda dan memperkenalkan pelbagai kerjaya, serta memupuk rasa ingin tahu dalam persekitaran yang menarik.
KidZania Kuala Lumpur terkenal dengan kaedah bermain melalui pendekatan pembelajaran, menggalakkan semangat ingin tahu kanak-kanak dan memupuk perkembangan mereka melalui aktiviti amali.
Kemasukan rakan kerjasama baharu ini akan memperkenalkan peluang baharu untuk kanak-kanak menerokai kerjaya yang berbeza dalam setiap lawatan, seterusnya memberikan pengalaman yang menarik
Sebagai sebahagian daripada sambutan rasmi ketibaan mereka ke KidZania, setiap rakan kerjasama baharu menerima Kunci ke Bandar KidZania, menandakan komitmen mereka untuk mencipta pengalaman inovatif dan mendidik kanak-kanak.
Pandamart disepadukan ke dalam bandar KidZania untuk menawarkan kanak-kanak satu peluang bagi melibatkan diri dalam dunia e-dagang yang menarik, yang membolehkan mereka memperoleh pemahaman yang menyeluruh tentang logistik di sebalik pesanan dan penghantaran barangan runcit.
Melalui pengalaman yang imersif ini, kanak-kanak berpeluang untuk menjadi pembungkus barangan runcit, menyusun pesanan dengan teliti mengikut senarai yang disediakan dan seterusnya, menghantar barangan runcit yang dibungkus kepada penerima yang ditetapkan di dalam bandar KidZania tersebut.
Aktiviti yang menarik ini menerapkan rasa tanggungjawab sambil meningkatkan pemahaman mereka tentang proses yang terlibat dalam memenuhi pesanan pelanggan.
Restoran Teishoku Jepun YAYOI pula memberikan pengalaman dwi-peranan yang unik untuk kanak-kanak. Mereka boleh menjadi cef sushi untuk mengasah kemahiran dan kreativiti memasak, atau menjadi pelanggan untuk mencuba pelbagai cita rasa yang berbeza.
Perkongsian yang mendalam ini dapat memupuk pemahaman budaya, mengembangkan pengetahuan masakan dan melatih kanak-kanak dalam semangat berpasukan.
Aktiviti utama di sini adalah kelas membuat sushi, yang mana kanak-kanak dapat memperhalusi kemahiran motor dan menghargai kesenian dan budaya dalam proses membuat sushi.
Jac & Ivy, perintis Kidz Spa yang pertama di Malaysia, membawa pengalaman yang menarik ke KidZania Kuala Lumpur. Kanak-kanak kini mempunyai peluang yang luar biasa untuk menceburi diri dalam dunia penjagaan diri dan dandanan.
Melalui Kidz Spa, kanak-kanak boleh mempelajari tentang kepentingan penjagaan diri sejak kecil, dandanan serta kebersihan diri, dan kuasa ekspresi diri dalam memupuk keyakinan diri.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sim Leisure, Philip Whittaker, menyatakan, berkata “Pembelajaran tidak pernah terhenti di KidZania Kuala Lumpur, dan kami bersemangat untuk melibatkan rakan kerjasama baharu untuk mencipta aktiviti inovatif untuk para pengunjung muda kami.”
“Dengan pelbagai peluang pekerjaan dan aktiviti yang menunggu untuk diterokai, kanak-kanak berpeluang untuk belajar, bermain, meningkatkan kemahiran, dan menyemarakkan imaginasi mereka. Rakan kerjasama baharu ini membawa sesuatu yang unik kepada KidZania, memastikan minda kanak-kanak sentiasa dirangsang dan terlibat dengan aktiviti yang disediakan sepanjang lawatan mereka.”
KidZania Kuala Lumpur kekal menjadi destinasi didik hibur dinamik dan memperkayakan dalam menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk belajar, berkembang dan meneroka dalam persekitaran yang selamat dan mengasyikkan.
Dengan kemasukan Pandamart, Restoran Teishoku Jepun Yayoi, dan Jac & Ivy, KidZania Kuala Lumpur mengukuhkan komitmennya untuk memberi inspirasi kepada minda muda dan membentuk pemimpin masa depan.
Untuk maklumat lanjut tentang KidZania Kuala Lumpur dan rakan kerjasamanya, sila layari https://www.kidzania.com.my/.