Sekitar 30 tahun yang lalu, Walt Disney mengambil langkah berani dan mengolah salah satu dongeng Eropah paling popular di dunia, iaitu kisah Puteri Duyung nukilan penulis cerita dongeng tersohor Hans Christian Andersen.

Buat yang tidak tahu, kisah dongeng asal puteri duyung tulisan Andersen sebenarnya berakhir tragis dengan pengorbanan seorang puteri duyung yang akhirnya pudar dari dunia nyata dan hanya mampu melihat putera idamannya berbahagia dengan wanita lain.

(L-R): Scuttle (voiced by Awkwafina), Flounder (voiced by Jacob Tremblay), and Halle Bailey as Ariel in Disney’s live-action THE LITTLE MERMAID. Photo courtesy of Disney. © 2023 Disney Enterprises, Inc. All Rights Reserved.

Namun, itu kisah asal. Versi filem animasi Disney yang popular lebih tiga dekad lalu diolah baik dengan penghujung cerita yang indah. Sesuai buat tontonan anak-anak yang seharusnya diberikan imej-imej positif tentang kehidupan dunia.

Malah, versi animasinya yang terbit pada awal 90-an disambut baik dengan gubahan muzik serta mainan warna yang hebat untuk filem kanak-kanak tika itu.

Sememangnya, Disney sentiasa menerajui dunia filem animasi dari dulu hingga kini.

Dan setelah berdekad ditonton oleh kanak-kanak serata dunia, akhirnya Disney’s The Little Mermaid dihidupkan dalam versi filem nyata dengan lakonan bintang-bintang baru yang hebat.

Seperti filem animasi asal, versi nyata ini meriah dengan pelbagai kesan khas yang luar biasa.

(L-R): Halle Bailey as Ariel and Javier Bardem as King Triton in Disney’s live-action THE LITTLE MERMAID. Photo courtesy of Disney. © 2023 Disney Enterprises, Inc. All Rights Reserved.

Walaupun begitu, sebelum ia ditayangkan filem ini ada menerima beberapa kritikan gara-gara pemilihan pelakon utamanya yang memainkan watak Ariel, puteri duyung kesayangan Raja Triton.

Dengan arus dunia yang kini melaungkan persamaan serta keterangkuman, Halle Bailey seorang gadis berkulit hitam telah disunting untuk menghidupkan watak Ariel. Ramai sebenarnya yang merasakan watak itu seharusnya dimainkan gadis berkulit putih seperti dalam filem animasi dan yang digambarkan dalam dongeng-dongeng dunia.

(L-R): Jonah Hauer-King as Prince Eric and Halle Bailey as Ariel in Disney’s live-action THE LITTLE MERMAID. Photo courtesy of Disney. © 2023 Disney Enterprises, Inc. All Rights Reserved.

Secara peribadi saya rasa tiada salahnya jika seorang duyung mempunyai warna kulit yang berbeza.

Lagipun, duyung merupakan golongan yang hanya wujud dalam fantasi dan tiada siapa yang boleh meneka warna kulit mereka yang sebenar.

Malah, Bailey berjaya membawa watak Ariel dengan baik, ditambah pula dengan suaranya yang memang merdu.

(L-R): Jonah Hauer-King as Prince Eric and Halle Bailey as Ariel in Disney’s live-action THE LITTLE MERMAID. Photo by Giles Keyte. © 2023 Disney Enterprises, Inc. All Rights Reserved.

Kebanyakan babak dalam filem ini juga mirip dengan versi animasi dahulu, namun ada beberapa adegan yang ditambah dengan lagu-lagu baharu untuk menghidupkan lagi alur cerita. Ini sama seperti filem-filem adaptasi mereka sebelum ini seperti Aladdin, Beauty and The Beast, dan juga The Lion King.

Yang pasti, Disney’s The Little Mermaid menghiburkan. Ia memenuhi jangkaan dari segi penerbitan, dan pasti bakal disukai oleh golongan kanak-kanak khasnya.

Dengan lakonan mantap bintang terkenal seperti Javier Bardem, Melissa McCarthy dan ramai lagi, ia filem yang mampu menambat hati peminat kisah fiksyen dan fantasi.

Disney’s The Little Mermaid sudah mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 25 mei 2023.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah