Jadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna jika anda berkunjung ke Jakarta dan bermalam di hotel Santika Premiere Hayam Wuruk.

Disajikan dengan tema ’Ramadhan in Turkiye’ para tamu dapat menemukan berbagai variasi makanan khas Turkiye, Indonesia dan antarabangsa hanya dengan Rp 225.000 seorang.

Potongan harga sebanyak 20% akan juga diberikan khusus buat minggu pertama di Bulan Ramadan, atau muat turun aplikasi MyValue dan dapatkan harga istimewa!

Hotel yang tersergam indah di kota Jakarta ini merupakan sebuah hotel bertaraf perniagaan yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para pelanggannya. Sebagai sebuah hotel di bawah jenama Santika yang sangat popular, ia sentiasa berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya.

Terletak di tengah pusat bandar Jakarta, hotel ini mudah ditujui kerana tidak terlalu jauh dari kawasan perdagangan utama dan stesen-stesen pengangkutan awam.

Diperhebatkan lagi dengan lokasinya yang sangat strategik, pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari hotel berprestij ini.

Dengan aneka bilik yang dihias secara moden kontemporari, hotel ini turut menawarkan pemandangan berbeza kota Jakarta.

Hotel ini diserikan lagi dengan beberapa tempat untuk menjamu selera seperti restoran Kicir-Kicir yang menyajikan hidangan terbaik di samping 22 Sky Lounge di tingkat teratas buat minuman serta hiburan malam dan pemandangan kota yang menakjubkan.

Ia juga mempunyai bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.

Di hadapan hotel ini juga adalah jalan utama ke arah aneka kedai-kedai serta kawasan perniagaan utama bandar Jakarta.

Sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Hotel Santika Premiere Hayam Wuruk. Untuk tempahan dan informasi klik link dibawah ini ⬇️ 

Buka Puasa di Santika Premiere Hayam Wuruk, Jakarta

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang mereka di sini.

Share:
You may also like
Latest Posts from Travellah