Bermula dari 16 Februari sehingga 31 Mac 2023, rancangan hiburan nombor 1 yang paling banyak ditonton di Youtube dan menjadi sensasi global untuk kanak kanak, CoComelon kini berada di Resort World Genting.

Pengalaman  Cocomelon di RWG dilancarkan di Kimhua Atrium, SkyAvenue dengan perarakan bas CoComelon yang pertama di mana kanak-kanak boleh bertemu dengan JJ dan Cody!  Sebagai jenama hiburan kanak-kanak paling popular di YouTube, CoComelon memperoleh bilion tontonan bulanan dan mempunyai lebih 175 juta pelanggan serta boleh ditonotn melalui platform penstriman utama seperti Amazon, Spotify, Apple Music, Roku dan Netflix.

Menurut Naib Presiden Kanan Tarikan dan Penyewaan, Resorts World Genting, Encik Aaron Soo, mereka berbesar hati menjadi pusat peranginan pertama di Malaysia yang menjadi tuan rumah francais yang sedang trend dan terkenal ini sambil mengiktiraf popularitinya yang besar dan sumbangan penting kepada pembangunan awal kanak-kanak.

Antara tarikan utama adalah replika pantung JJ setinggi 8 meter yang terbesar didunia yang terletak di taman permainan CoComelon yang pastinya menarik tumpuan peminat CoComelon. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis mainan yang menarik antaranya adalah CoComelon inflatable slide, climbing inflatable dan hexagon maze.

Perarakan bas CoComelon pertama di dunia lengkap dengan penampilan JJ dan Cody pasti dapat menarik minat peminat CoComelon. Selain boleh menyertai perarakan tersebut, anak-anak kecik juga boleh berinteraksi dengan JJ dan Cody. Perarakan bas CoComelon boleh disertai pada 16 Februari sehingga 12 Mac, 17 Mac sehingga 19 Mac dan 24 Mac sehingga 26 Mac 2023 pada masa masa tertentu sepanjang laluan Kimhua Atrium ke Times Square Stage.

Jangan lupa menonton rancangan CoComelon pada panel di SkySymphony setiap hari sepanjang 45hari CoComelon berada di Resorts World Genting dan membeli pelbagai barangan CoComelon di kedai CoComelon. Untuk maklumat lanjut, log masuk ke rwgenting.com atau layari https://www.facebook.com/ResortsWorldGenting/.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah