Biro Pelancongan Taiwan meneruskan usaha memikat pelancong muslim untuk terus berkunjung ke negara kepulauan itu menerusi kempen Salam Taiwan.

Kempen yang mula diperkenalkan pada tahun 2017 itu bertujuan untuk memperkenalkan lokasi dan aktiviti menarik di Taiwan yang mesra muslim seperti makanan dan minuman, penginapan dan tempat awam yang dilengkapi surau untuk menunaikan solat.

Kali ini, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat telah diangkat sebagai duta kempen Salam Taiwan ini bagi memastikan objektif kempen ini dapat dipenuhi.

Sebagai duta pelancongan, Ayda baru-baru ini telah terbang ke Taiwan untuk melihat sendiri keindahan dan keunikan negara yang digelar ‘Jantung Asia’ itu.  Beberapa wakil pihak media juga turut diundang oleh penganjur untuk membuat liputan.

Dalam satu temubual bersama Ayda, pelakon yang terpaksa berjauhan dengan anak kecilnya memberitahu dia memang teruja dengan perlantikannya itu kerana ia memberi peluang untuknya mengenali Taiwan dengan lebih dekat.

“Sepanjang tempoh saya berada di sini, banyak yang saya pelajari tentang Taiwan. Tak sangka negara ini sebenarnya banyak yang boleh dilihat dan dilakukan. Ada di antara tarikannya setanding dengan yang ada di negara Eropah.”

“Selain itu, saya juga kagum dengan pilihan makanan halal yang ada. Untuk mendapatkan makanan halal, tidaklah sesukar yang dibayangkan. Anda silap jika beranggapan jika ke Taiwan, pilihan yang ada hanyalah makanan eksotik. Selain makanan jalanan yang mesra muslim, nasi briyani pun ada,” ujar Ayda teruja.

Ayda Jebat terbang ke Taiwan pada awal Disember lalu bagi mempromosikan destinasi pelancongan ini

Bercerita lanjut tentang Taiwan, fakta penting yang anda patut tahu ialah merupakan antara negara bukan Islam yang paling mesra Muslim di dunia! Dianggarkan terdapat 60,000 penduduk yang beragama Islam.

Bagaimanapun, terdapat hampir 250,000 pekerja asing beragama Islam, di mana kebanyakannya terdiri dari warga Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina. Selain itu, ada juga segelintir dari negara Timur Tengah yang membuka restoran yang menyajikan makanan tradisi halal mereka di sana.

Terdapat sekurang-kurangnya 11 masjid di seluruh Taiwan, dan yang perlu dikunjungi adalah Masjid Besar Taipei (Taipei Grand Mosque) yang terbesar dan tertua di sana.

Secara kasarnya, kelebihan Taiwan sebagai destinasi percutian boleh dibahagikan kepada empat kategori:

1) Mesra Muslim

Mencari makanan halal tidak sukar. Anda mampu menjumpai restoran halal di mana-mana sahaja. Ada restoran Indonesia, Arab, India, Cina Muslim (pastikan anda mencuba mee daging di Taipei!) dan juga gerai-gerai yang jual snek & minuman seperti bubble tea dan ais kisar yang halal.

Taiwan juga diiktiraf sebagai ‘Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC)’ dalam majlis ‘Anugerah Pelancongan Halal 2022’.

Badan yang memberikan pengiktirafan makanan halal di Taiwan turut melibatkan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malasyia dan juga pihak berwajib di Indonesia dan Singapura.

Hidangan mesti cuba – Mi Daging Taiwan
Mencari makanan bukanlah sesuatu yang sukar di Taiwan

2) Romantis

Permandangan indah matahari terbit dan terbenam yang mengasyikkan. Pilihan juadah enak untuk makan malam berlatar belakangkan keindahan alam, atau kecanggihan metropolitan. Taiwan sememangnya bagai syurga buat mereka yang sedang bercinta – ayuh, semarakkan lagi kisah cinta anda bersama pasangan!

3) Trendy

Sesuai dengan imejnya sebagai ‘Jantung Asia’, Taiwan menawarkan pelbagai tarikan terkini dan trendy pada harga yang menarik buat pelancong. Terdapat pelbagai destinasi membeli-belah – semuanya menjanjikan fesyen, gajet, malah mainan terkini!

Ximending lokasi beli-belah yang mesti anda kunjungi.

4)Vibrant & Ceria

Kunjungi lokasi-lokasi yang memiliki bangunan dengan rekabentuk unik, mengagumkan, serta dengan persekitaran berwarna-warni! Selami gaya hidup di ladang ternakan yang diselubungi kabus serta pemandangan matahari terbit menakjubkan!

Nikmati juga gaya hidup metropolitan dengan kecanggihan transportasi serba moden seperti tren berkelajuan tinggi di Taipei dan sebagainya! 

Jadi tunggu apa lagi, jomlah bercuti ke Taiwan!

Dapatkan lebih maklumat tentang Islam di Taiwan di website rasmi https://www.taiwan.net.my/ atau Facebook https://www.facebook.com/tbrockl/  atau hubungi 03-2070 6789 dari 9:00am hingga 5:30pm.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *