Phuket merupakan salah satu destinasi percutian pulau yang paling popular di Asia Tenggara. Biarpun satu ketika dulu ia pernah menjadi perhatian dunia gara-gara dipukul ombak tsunami, Phuket kini bangkit semula sebagai pusat hiburan buat mereka yang mencari ketenangan di tepi pantai serta sedikit hiburan sampingan .
Terkenal dengan Pantai Patong yang menjadi pusat segala aktiviti Phuket, kota ini juga diwarnai dengan ratusan tempat-tempat penginapan yang menarik.
Namun selain pantai Patong, kota lama Phuket sendiri ada tarikan yang menarik.
Di antara hotel yang paling popular di kota Phuket adalah Courtyard by Marriott Phuket Town. Hotel yang berada di bawah payung jenama hotel Marriott ini terletak sekitar 45 minit dari lapangan terbang antarabangsa Phuket dan berdekatan dengan beberapa tarikan lain seperti restoran, pusat membeli-belah dan sebagainya.

Hotel ini mempunyai 248 buah bilik dalam pelbagai kategori seperti Deluxe, Premium, Family dan tiga tahap suite berbeza. Kesemua unit penginapan direka khas bagi menepati ciri-ciri pelancong masa kini. Terdapat pelbagai jenis bilik, termasuklah yang bertema khas dengan satu atau dua bilik tidur yang diwujudkan bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak.

Malah buat kanak-kanak terdapat Kids Club bagi mereka yang beranak kecil. Di sini ada kemudahan seperti aneka permainan dan macam-macam lagi .
Hotel ini mempunyai buah kolam renang berasingan mengikut saiz masing-masing. Selain kolam renang, para tamu boleh juga bersenam di pusat gimnasium.

Soal menjamu selera pula terdapat banyak tempat makan di hotel ini. Di antaranya Krua Talad Yai, Talung Lounge, dan Kolae Pool Bar, yang terkenal dengan aneka sajian antarabangsa serta hidangan khas Thai.
Ia juga sesuai untuk mengadakan acara dan mesyuarat kerana terdapat pelbagai ruangan khas untuk penganjuran majlis dan sebagainya.

Pendek kata, hotel ini mempunyai segala-galanya bagi mereka yang ingin bercuti dan bergembira bersama yang tersayang. Jadi pastikan ia menjadi salah satu hotel pilihan anda jika berwisata ke Phuket.
Untuk sambungan wifi terbaik, pastikan anda menggunakan peranti internet mudah alih dari Samurai WiFi.
Ia memang terkenal dengan perkhidmatan mereka dalam menyediakan sambungan internet terbaik semasa anda mengembara ke luar negara.
Selain harga sewanya yang sangat berpatutan, perantinya juga mudah dibawa ke mana-mana.
Di samping itu satu peranti boleh dikongsi oleh beberapa orang membolehkan lebih ramai orang dari kumpulan percutian yang sama mempunyai sambungan internet dan data semasa mengembara, tanpa perlu membayar jumlah wang yang besar untuk sambungan internet di luar negara.