Sunway Pyramid telah melancarkan zon runcit dan selera terbaharunya, The Link yang bertujuan untuk membekalkan pengalaman yang lebih menarik buat para pembeli-belah.

Terletak di atas ruang berkeluasan 80,000 kaki persegi di antara kawasan-kawasanyang paling sibuk di Sunway Pyramid sertaSunway Pyramid Hotel & Sunway Resort yang telah diperbaharui, The Link menyediakan ruang untuk pembeli-belah bersantai, berehat dan berseronok.

Lokasi strategik ini mempunyai pemandangan yang luar biasa–memperlihatkankehijauan, aneka tasik, Sunway Lagoon serta landskap Sunway City Kuala Lumpur yang dapat disaksikandari pelbagai restoran di sepanjang pesisirThe Link. Sebuah ruang persinggahan juga disediakan bagi mereka yang ingin berhenti sejenak dan menikmati pemandangan ini melalui tingkap kaca yang menjangkau dari dinding ke siling.

Dibarisi outlet-outlet kegemaran ramai bermula daripada Din Tai Fung dan Haidilao di pesisir tersebut, pembeli-belah mempunyai pelbagai pilihan untuk memuaskanselera mereka misalnya di Memorie Café, Nanyang Café, Tonkatsu by Ma Maison, The Owls Café, Black Tap Craft Burgers & Shakes, The Resort Café, The Chamberdan Grand Imperial Restaurant. Outlet Sports Direct pula yang baru sahaja dibukadandilengkapi dengan pelbagai produk sukan terkemukasedia untuk diterokai oleh kaki sukan.

“The Link menyediakan ketersambungan yang lebih besar, yang turutmewujudkan sinergi yang memberikan lebih banyak pilihan untuk pelawat kami. Mereka boleh menjamu selera di restoran baharu, bersuka riadi bawah sinar matahari di Sunway Lagoon atau pergi menjamu selera di resort lima bintang kami hotel. Kami mengalu-alukan semua orang dari dekat dan jauh untuk melawat The Link dan menikmati semua tawaran hebat terkini yang ditawarkan oleh Sunway City,” Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan berkongsi.

The Link boleh diakses melaluipelbagai sudut dari Sunway Pyramid, Sunway Pyramid Hotel, Sunway Resort termasukpintu masuk sisi dari Sunway Lagoon.

Share:
, , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *