Mulai 1 April hingga 8 Mei 2022, Kampong Gelam memancarkan cahaya menerusi Cinta Cahaya Ramadan. Ia adalah sebahagian daripada kempen #BagiUp yang diadakan sepanjang tahun dengan tujuan menarik para pengunjung dalam kegiatan menyemarakkan warisan Kampong Gelam.
Diterajui oleh One Kampong Gelam, sebuah persatuan yang mewakili dan menyokong kepentingan perniagaan di presint berkenaan, Cinta Cahaya Ramadan menyajikan atur cara harian cukup menerujakan sepanjang lima minggu yang dikendalikan oleh para sukarelawan dan masyarakat peniaga di situ. Para pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti di kawasan kejiranannya, termasuklah meraikan kembalinya bazar Ramadan sejak 2019, atau sekadar menghiburkan hati di rumah menerusi rancangan bercorak pendidikan yang disertai hiburan, muzik dan hiburan yang disiarkan menerusi saluran Visit Kampong Gelam.
Kepentingan Kampong Gelam Sepanjang Ramadan di Singapura Asalnya merupakan kawasan kediaman sultan sultan Melayu dalam 1820-an, Kampong Gelam2 kemudian beransur-ansur didiami orang-orang berlainan bangsa dan agama yang berhijrah ke sini pada abad ke-19 dan ke-20. Ia diwartakan sebagai sebuah kawasan pemuliharaan dalam 1989 bagi mengiktiraf warisan dan budayanya yang kaya. Ramadan disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan mereka berpuasa selama sebulan, mengerjakan solat dan berusaha merefleksi diri. Ia juga merupakan masa yang baik untuk memupuk disiplin, mengawal diri, melakukan pengorbanan, dan empati kepada mereka yang kurang bernasib baik.
“Cahaya” melambangkan sinar terang yang menerangi Kampong Gelam dan sekali gus menghidupkan semangat Ramadan – bulan yang menyaksikan umat Islam di seluruh dunia menjalankan ibadah puasa, mengamalkan disiplin dengan penuh setia dan berusaha memenuhi tuntutan rohani,” kata Pengerusi One Kampong Gelam, Encik Mohammad Zaki Ma’arof.
“Kami berharap pada bulan ini, kami akan dapat mempertahankan tradisi sedia ada, menjejak sejarah dan nilai budaya, di samping memperkukuh daya tahan sosial dan semangat kampung di sini,” tambahnya.
Menghidupkan Semula Kampong Gelam Dalam Zaman 1960-an Menerusi Lensa Hari Ini Menerusi Light of Gelam atau Cahaya Gelam, pemetaan dan pencahayaan pintar akan sekali lagi digunakan pada permukaan bangunan Masjid Sultan. Pertunjukan cahaya yang disokong oleh Epson Singapore dan berlangsung dua kali setiap malam ini pasti menakjubkan. Lampu kristal juga dipasang di sepanjang garis-garis utama struktur monumen negara ini, sekali gus menonjolkan bentuk bangunan yang tersergam itu pada waktu malam.
Bazar Ramadan yang tidak dapat dipisahkan daripada kawasan ini, juga telah kembali dalam bentuk Walk Thru Souq yang berinspirasikan pengaruh Arab di Jalan Kandahar. Menampilkan lebih 20 gerai merentasi tiga zon, bazar ini dianjurkan dengan kerjasama Laloolalang, sebuah organisasi setempat yang memperjuangkan keusahawanan tempatan dan pembangunan masyarakat. “Walk Thru Souq” ini turut disokong oleh Lazada Singapore, yang akan membantu para peniaga yang mengambil bahagian dalam memulakan perjalanan pendigitalan mereka.
Kampong Gelam juga akan menawarkan acara lawatan dan bengkel eksklusif bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Ramadan dengan menaiki Trishaw Uncle’s iaitu beca tiga roda ke kawasan itu. Ianya adalah satu-satunya kembara menaiki beca di Singapura yang diluluskan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Selain dari itu, para pengunjung juga boleh kembara dengan menaiki tempat duduk sampingan Vespa vintaj yang pertama dirintis di dunia oleh Singapore Sidecars. Anda juga boleh menyaksikan bengkel-bengkel kerja tangan sebagai menghargai perdagangan dan perniagaan bersejarah di kawasan kejiranan, seperti pembuatan minyak wangi bersama SIFR Aromatics dan kraf kulit bersama Crafune. Sila lihat Lampiran A untuk maklumat lanjut tentang aktiviti di tapak semasa berlangsungnya Cinta Cahaya Ramadan.
Cinta Cahaya Ramadan di Rumah
Nikmati suasana perayaan daripada keselesaan di rumah dengan melihat gelagat Bunda Bedah & Mak Temah berjalan kaki 360° secara maya sambil menyorot suasana Ramadan di sekitar Kampong Gelam. Rasai nostalgia menerusi persembahan “langsung” di YouTube, yang menyingkap kembali kegiatan seniman jalanan atau e belajar membuat kuih daripada Chef Mel Dean.
Bergelak ketawa dengan kemunculan semula Siti Sally & Samad (menampilkan pelawak dan pelakon Singapura Suhaimi Yusof) ketika mereka berdua membawa anda ke lokasi membeli-belah terbaik di Kampong Gelam.
Keselamatan Diutamakan Sepanjang Cinta Cahaya Ramadan
One Kampong Gelam komited untuk memastikan Cinta Cahaya Ramadan sebagai ruang selamat pada tahun ini. Memandangkan kapasiti menampung pengunjung di kawasan ini adalah terhad, justeru orang ramai dinasihatkan agar menggunakan pengangkutan awam jika datang ke Kampong Gelam sepanjang Ramadan.
Para pengunjung Kampong Gelam juga dinasihatkan supaya mematuhi Langkah-Langkah Pengurusan Selamat (SMMs), termasuklah menjaga jarak selamat satu meter antara kumpulan dalam keadaan tanpa memakai pelitup. Di Walk Thru Souq, petugas akan memantau dan menjejaki aliran para pengunjung di setiap pintu masuk. Mereka akan dimaklumkan apabila kapasiti bazar telah mencapai had maksimumnya dan ketika itu para pengunjung dikehendaki beratur sebelum dibenarkan masuk ke bazar. Sistem pengesanan ini dimungkinkan oleh Smartcomm, rakan pemegang kepentingan Kampong Gelam. Ketua Projek dan Pengurus Presint, Sudirman Bin Muzaini, menambah: “Kami berharap orang ramai boleh menikmati Cinta Cahaya Ramadan sambil kekal selamat dan melindungi orang tersayang di sekeliling kita.”
Bagi maklumat lanjut, sila layari https://visitkamponggelam.com.sg
Annexe A – Cinta Cahaya Ramadan Kampong Gelam Event Schedule
Name | Date/Time/Location | Description |
Light of Gelam | 1 April – 8 May 2022 | Ramadan is rallying in with a big bang in the year of 2022 with the comeback of another campaign — Cinta Cahaya Ramadan which will feature projection mapping, igniting the resplendent Sultan Mosque alongside fairy lights in the prominent precinct of Kampong Gelam. The facade will once again rekindle the bustling nightlife of Kampong Gelam in the upcoming Ramadan atmosphere. |
Walk Thru Souq | 1 April – 1 May 2022 Timing: Daily: 3pm – 11pm | Laloolalang returns after a 2-year absence with their staple Ramadan event! Dubbed WALK THRU SOUQ, join them and “souq” up the atmosphere all across Kandahar Street. The festive vibe will be adorned with food and beverage vendors to satisfy your iftar cravings. The scaled down arrangements are part of a safe but sure transition into the new normal, but the festivities are guaranteed to make us all cheer again! |
Physical and Virtual Tour by Let’s Go Tour | 1 April – 8 May 2022 For more information, please visit https://www.letsgotoursi ngapore.com/ | Let Aminah take you on a festive walk along the streets of Kampong Gelam, soaking up on the spirit of this Blessed Month. She will share the meaning and significance of Ramadan for her and the close-knit Muslim Community through flashbacks from her childhood memory of growing up here in this precinct. Experience the unique virtual tour through the streets of Kampong Gelam to learn the different Malay communities that used to roam these streets. This virtual tour brings you back to the arrival of early settlers here. With the aid of technology, we retrieve old photographs to help visualize the development of Kampong Gelam over two centuries. |
Trishaw Tour by Uncle Trishaw | Duration: 45 minutes (subject to traffic conditions) Timing: Daily Price: Adult: $49 Child: $39 (3 to 12 yrs old) Promo: Adult: $39, Child: $29 for the 1st 50 sign up To register: https://www.trishawuncle.com.sg/route_uri/kamp ong-glam/ | Explore the heritage tour of Kampong Gelam precinct with Trishaw Uncle. The area was designated for Singapore’s early migrant communities and has kept its unique identity and enchanting character till today. |
Sidecars Tour by Singapore Sidecars | Duration: 60 / 120 / 180 minutes Timing: Daily; 9am – 11pm Meeting Place: Capitol Singapore Price: $180 / hour / pax Promo: $170 / hour / pax for the 1st 50 sign up Promo Code: OKGCCR2022 To register: https://www.sideways.sg/ Included Sidecar, Driver, Helmet, Poncho | Take a spin by sidecar to seek instaworthy photo opportunities throughout the Royal Malay District of Kampong Gelam. Discover challenges of conservation while allowing modernization, as both the old and the new co-exist. |
Leather Keypouch Workshop by Crafune | Duration: 1 hour Timing: Daily; 11.15am, 12pm, 1pm, 3pm, 4pm, 5pm Price: $35 / pax Promo: $25 / pax for the 1st 50 sign up Promo Code: OKG- CCR2022 *Limit to one use per email. To register: https://crafune.com/coll ections/workshop/produ cts/ketupat-workshop- ramadan-special | The lesson will cover an introduction to leather; cutting and assembling of leather goods, and how to care for them. Free engraving of names or initials will be provided at the end of the workshop |
Incense Workshop by Sifr Aromatics | Duration: 20 minutes Timing: Friday: 6:30pm, 7:15pm / Saturday: 6:30 pm, 7:30pm Price: $25 / participant Promo: $15 / pax for the 1st 50 sign up To register: https://www.sifr.sg/prod ucts/incense-of-the-east- appreciation | The word perfume came from the French word for smoke. Inhale deeply (through your masks!) as we burn Omani frankincense, Myrrh, benzoin. and agarwood right outside our boutique. Learn about these incense and the roles they played through history. Infuse your hair and clothes as people have done for thousands of years. Be perfumed through smoke in the traditional way. |
Craft and Printmaking Workshop by Lokka Lekkr | Duration: 2 hours Timing: Tue – 11am, Thu – 2pm, Fri – 11am, Sat – 2pm, Sun – 11am Price: Printmaking – $45, Punch Needle – $65 Promo: $10 off / workshop for the 1st 50 sign ups To register: https://www.lokkalekkr.c om/workshops | Learn about different types of commercial and traditional printing or try your hands on the modern twist of rug hooking known as punch needle. |