Pereka fesyen yang tidak asing lagi dalam persada fesyen tanah air kini kembali mewarnai musim lebaran dengan koleksi baru yang dinamakan “One & Only ANUARFAIZAL”. Koleksi “Resort Raya” ini adalah buah tangan terbaru beliau dalam memastikan kemeriahan Hari Raya sentiasa dirasai walaupun dunia masih dilambung gelombang pandemik.

Koleksi ekslusif ini dicipta khas untuk menggalakkan pembeli agar membeli pakaian yang tidak hanya semusim. Pemilihan warna dan juga fabrik polos adalah sesuai untuk digayakan ketika bercuti kelak. Walaupun negara berada di dalam keadaan terbatas untuk merentas negeri, koleksi ini boleh digunapakai dan menjadi inspirasi untuk rakyat Malaysia bercuti di destinasi pilihan di dalam negara.

Warna ceria dan asas telah dipilih untuk koleksi kali ini dan digayakan dalam bentuk “oversize”. Ini merupakan satu langkah yang diluar kebiasaan ANUARFAIZAL yang sinonim dengan koleksi yang slim fit. Baju Melayu Cekak Musang dan Teluk Belanga juga diberi nafas baru yang bersesuaian dengan koleksi “Resort” ini.

Lazim mengadakan pertunjukkan fesyen dan juga penggambaran kempen fesyen lebaran di luar negara, kali ini ANUARFAIZAL tampil menonjolkan tempat-tempat yang menarik di dalam negara.

Mengambil konsep “One & Only”, ANUARFAIZAL telah mencari lokasi yang istimewa dan jarang ditonjolkan di dalam media. Pertunjukkan Fesyen secara digital yang melibatkan 15 orang model telah dilakukan di persisiran pantai Desaru, Johor dengan mengamalkan norma baharu di mana penjarakkan sosial telah dipraktikan secara meluas, pengambilan suhu setiap model dan kru dan juga pemakaian pelitup muka bagi tenaga kerja di belakang tabir. Pertunjukkan Fesyen ini juga telah mendapat permit dan kebenaran pihak polis. ANUARFAIZAL ingin menjadi contoh dalam membuktikan bahawa industri kreatif masih boleh berlangsung dengan mematuhi SOP yang ketat.

Kempen fotografi kali ini lebih condong ke arah fotografi “Nature Inspired OOTD” dan telah dipotretkan oleh Encik Azroi Bob dan video pertunjukkan fesyen adalah dari produksi CHEMAN dan telah dirakam di 3 lokasi yang berbeza.

ANUARFAIZAL berharap agar usaha ini akan menetapkan tanda aras baru dalam industri fesyen terutamanya untuk industri kreatif yang amat terkesan akibat pandemik Covid-19.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *