[et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.22″][et_pb_row _builder_version=”3.25″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” min_height=”1390px” custom_margin=”-61px|auto||auto||”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.25″ custom_padding=”|||” custom_padding__hover=”|||”][et_pb_text _builder_version=”3.27.4″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” custom_padding=”5px|||||”]
Adventure Waterpark Desaru Coast, yang menawarkan salah satu kolam ombak terbesar di Asia Tenggara, Tidal Wave Pool kini dibuka semula dengan harga promosi yang sangat menarik.
Dengan tawaran istimewa Beli-1-Percuma-1 (dengan pembelian minimum 1 tiket dengan harga penuh) untuk semua (termasuk bukan pemegang MyKad). Tawaran ini sah dari 21 Disember 2020 sehingga 11 Februari 2021.
Dengan keluasan 21 ekar, Desaru Coast Adventure Waterpark adalah salah sebuah taman tema air yang terbesar di dunia dan menampilkan kolam ombak yang terbesar di Asia Tenggara.
Berlatarbelakangkan perkampungan nelayan Malaysia, pengunjung boleh menikmati pelbagai tarikan termasuklah Kraken’s Revenge – water coaster yang pertama di rantau ini, Tidal Wave Pool yang menampilkan ombak buatan setinggi 4-meter dan lebih daripada 20 jenis tarikan yang unik, sama ada basah atau kering.
Untuk memastikan keselamatan, Adventure Waterpark telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mewujudkan keadaan yang selamat dan mematuhi penjarakan fizikal.
Protokol-protokol kecemasan yang ketat dikuatkuasakan, manakala duta-duta taman tema akan ditempatkan di sekitar taman untuk membantu para pengunjung.
Kapasiti harian maksimum taman ini telah dikurangkan kepada 2,500 orang, daripada jumlah biasa 5,000 untuk memudahkan penguatkuasaan penjarakan fizikal. Oleh yang demikian, para pengunjung dinasihatkan untuk membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan
Para pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti yang disediakan sempena Hari Krismas dan hujung tahun dalam tempoh 25 – 27 Disember di Tidal Wave Beach, Surf Wall, Kids Ahoy dan Penawar Market.
Antara aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan adalah seperti Wira Warrior Challenge, Giant Bubble Fun, Family Aqua Zumba, DJ Music Fun Game, Beads Contest, Fun Carnival Games, Giant Family Games dan Kepten Kassim Treasure Hunt.
[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]