Wah, nampaknya SAFI terus berkembang dengan meluaskan lagi tawaran produk menerusi Hydra Glow – iaitu rangkaian pelembap intensif yang diselaraskan dengan hidran terbaik hari ini.

Sesuai tika digunakan di rumah ataupun sewaktu pergi mengembara, rangkaian kecantikan ini melengkapi keperluan kulit semasa. Sinonim dengan wanita Muslim kerana mengandungi bahan-bahan yang dijamin Halal, kami telah diberi peluang untuk mencuba sendiri rangkaian terbaru ini. 

Kami memulakan dengan Pembersih Muka SAFI Hydra Glow. Oleh kerana pembersih muka ini berasaskan air ia tidak berbau dan sangat mudah untuk membilas wajah. Ini membuatkan kulit dan muka berasa bersih dan segar.

Kemudian kami menggunakan Penyegar SAFI Hydra Glow. Ternyata ia sangat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif juga, kerana selepas menggunakannya selama dua hingga tiga kali ia langsung tidak membuat muka menjadi gatal. Ini mungkin kerana bahan yang digunakan sesuai dengan kulit si pemakai. Harus diketahui bahawa ada beberapa orang yang tidak boleh menggunakan penyegar kerana ia mampu menimbulkan kesan sampingan. Walau bagaimanapun produk Safi ini telah berjaya mengubah tanggapan tersebut.

Selepas itu kami mencuba pula Serum Penghidratan SAFI Hydra Glow, dan ternyata ia mampu membuat kulit kelihatan lebih bersih, cerah dan lembap pada masa yang sama.

Dan untuk memastikan kelembapan berterusan kami menggunakan pula Pelembap Penghidratan SAFI Hydra Glow. Pelembap ini sangat selesa untuk disapu pada muka kerana ia tidak berminyak dan kulit sama sekali tidak berpeluh selepas disapu pada permukaan wajah. Malah pelembap ini tahan lama walaupun selepas memakai bedak wajah, dan pemerah pipi.

Akhir sekali untuk melengkapi penggunaan rangkaian produk ini, kami mencuba semburan wajah atau Mist Penghidratan SAFI Hydra Glow. Ia memang membuat muka berasa segar walaupun selepas solekan.  Ia juga boleh disembur pada wajah saat memandu untuk menghilangkan rasa mengantuk. Malah ia tidak memedihkan mata dan kandungannya yang berasaskan air membuatnya lebih ‘ringan’ dan tidak terlalu banyak bahan kimia.

Yang pasti, kami sangat berpuas hati dengan rangkaian produk ini dan nampaknya ia sangat sesuai dan praktikal untuk digunakan kala bercuti dan mengembara. Kami pasti akan terus menggunakannya. Buat anda yang tidak percaya mungkin boleh mencuba sendiri dan menikmati kesegaran dan kelembapan sejati yang kami alami! Selamat mencuba dan terima kasih Safi!

Rangkaian SAFI Hydra Glow boleh didapati di kedai Guardian dan Mydin Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut dan promosi terkini daripada SAFI, layari laman web rasmi SAFI di

www.safi.com.my, Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFI.MY dan Instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia  #SafiHydraGlow

Share:
, , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *