[et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.22″ custom_padding=”0px|||||”][et_pb_row _builder_version=”3.25″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” custom_padding=”0px|||||”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.25″ custom_padding=”|||” custom_padding__hover=”|||”][et_pb_text _builder_version=”3.0.74″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” custom_padding=”||0px|||”]
Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa pasti membuatkan ramai kaki jalan tidak senang duduk. Biarpun baru menginjak ke minggu ketiga, ramai yang sudah tidak betah untuk terus berada di rumah.
Wait! Ambil peluang yang ada ini dengan merancang percutian yang diidamkan. Sebagai permulaan, tak perlu ke luar negara. Maklumlah dunia belum betul-betul bebas daripada pandemik Covid-19. Lagipun kita harus sama-masa merangsang kembali industri pelancong tempatan yang semakin tenat. Kalau sudah merindui keindahan pulau, apa kata anda ke Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu.
Keindahan pulau ini memang tidak boleh dinafikan lagi. Ia bukan sahaja menjadi pilihan pelancong luar negara, bahkan ia menjadi dambaan rakyat Malaysia yang mahu lari daripada hiruk-pikuk kota.
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil, pulau yang menjanjikan pengalaman menyeronokkan ini menawarkan pelbagai jenis penginapan untuk disinggahi.
Jika bercadang untuk menginap di Perhentian Kecil, Ombak Dive Resort boleh dijadikan lokasi penginapan. Resort bertaraf tiga bintang ini mula beroperasi pada tahun 2012 dan ia menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan setiap tetamu.
Jika ingin belajar selam skuba, Ombak Divers mempunyai tenaga pengajar terlatih untuk anda mendapatkan lesen. Selain itu, terdapat banyak juga pakej-pakej rekreasi lain yang boleh dijadikan pilihan seperti hiking, snorkeling, memancing dan piknik di pulau berdekatan.
Menampilkan dekorasi ala nusantara, Ombak Dive Resort mempunyai 25 buah bilik yang terdiri daripada Single Room, Twin Room, Quadruple Sharing Rooms dan Executive Suites.
Berbeza dengan kebanyakan resort atau chalet yang ada di Pulau Perhentian, kesemua bilik di sini dilengkapi dengan skrin televisyen, peti ais mini, pemanas air, pengering rambut, ubat nyamuk elektrik dan peti simpanan keselamatan.
Bahkan, kemudahan elektriknya juga selama 24 jam. Jadi anda boleh mengecas bateri telefon bimbit atau kamera pada bila-bila masa. Paling penting, anda juga boleh bermalas-malasan di bilik pada waktu tengahari.
Jika ingin menjamu selera, panjangkan langkah ke Ombak Cafe yang terletak di sebelah hadapan resort ini. Kedudukannya yang menghadap ke laut memberi ruang untuk anda menikmati keindahan alam yang mempesona. Tambah asyik, apabila hembusan bayu sesekali menyapa.
Ombak Café menyediakan pelbagai hidangan bercitarasa tempatan dan antarabangsa seperti mi kari, tomyam, nasi goreng kampung, chicken chop, roti nan ayam tandoori, fish & chip serta pelbagai hidangan makanan laut. Tentang harga tidak perlu dipersoalkan kerana ia bersesuaian dengan kos logistik.
Jika anda berada di sini pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu, jangan lepaskan peluang menyaksikan pertunjukan api yang dipersembahkan oleh petugas-petugas resort pada jam 7.30 malam.
Untuk maklumat lanjut tentang Ombak Dive Resort, anda boleh melayari http://www.ombak.my/
[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]