Selepas 22 tahun tidak mengadakan konsert berskala besar, ratu pop negara Ziana Zain mengambil peluang untuk menghiburkan peminatnya pada Sabtu lalu, tanggal 25 Mei 2024 di Ziana Zain Konsert 2024, bertempat di Megastar Arena, Kuala Lumpur.
Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam dunia hiburan tempatan adalah faktor utama CSA Academy melantik pesohor seni legenda ini sebagai duta rasmi organisasi nombor satu Malaysia dalam membantu merancang kewangan yang lebih tersusun dan cemerlang serta bebas hutang.