CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang adalah hotel ketiga yang dibuka di Asia selepas Taipei dan Shanghai. Sesuai dengan namanya, citizenM KL Bukit Bintang terletak ditengah-tengah kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur. Di kenali sebagai “Golden Triangle”, pengunjung hotel pastinya tidak bosan dengan pelbagai kemudahan dan tarikan yang terdapat berdekatan dengan hotel ini. The famous Petaling Streets, Pusat Membeli Belah Pavilion, hawker street Jalan Alor, Hutan Simpan Bukit Nanas antaranya terletak di dalm radius berjalan kaki dari hotel ini.
Tetapi apa yang penulis cuba ketengahkan dalam review pada kali ini adalah kecanggihan teknologi di CitizenM Kuala Lumpur ini. Tidak salah jika penulis katakan hotel ini adalah pilihan wajib untuk pelancong muda yang celik IT dan teknologi. Segalanya cuma dihujung jari anda.
Setibanya dihotel ini, pengunjung di sambut ceria oleh pekerja hotel yang rata-rata masih muda belia. Proses check-in dilakukan sendiri oleh pengunjung hotel dengan bantuan pekerja hotel sekiranya terdapat sebarang masalah. “Wow, this is very interesting” perkataan yang keluar dari mulut penulis, apa tidaknya selama ini segalanya disediakan oleh pekerja hotel. Walaupun bagaimanapun semuanya mesra pengguna, tiada sebarang masalah berlaku, easy peasy.
Bilik penulis terletak di aras 6 hotel ini. Setiap bilik mengadap Jalan Pudu atau courtyard hotel. Bilik bersize compact dengan cermin yang besar untuk pencahayaan semulajadi. Setiap bilik dilengkapi dengan tilam bersize King, ruang sinki yang terbuka serta tandas. Yang menarik tentang bilik di citizenM semuanya di kawal menggunakan Ipad yang tersedia. Baik dari ingin membuka langsir bilik, TV, penghawa dingin dan “mood ligthing” semuanya dikawal dari Ipad yang tersedia. Setiap kawalan mudah digunakan, jangan risau.
Hiasan hotel pula semua moden dan menggunakan warna-warna pastel. Setiap ruang dihias seperti ruang tamu rumah sendiri. Cantik dan bergaya dengan perabot Vitra, buku-buku untuk dibaca serta lukisan dan art piece pereka luar dan tempatan seperti Aziz Latiff dan Afiq Faris. Pastinya setiap sudut sesuai untuk bergambar dan dimuat turun kedalam akaun social media anda.
Terdapat juga bar dan ruang makan untuk mengunjung menikmati happy hour atau sekadar grab & go makanan yang tersedia 24 jam sehari. Di canteenM juga terletak ruang sarapan pagi yang mana menyediakan sajian sarapan pagi yang ringkas tapi pastinya mampu buat penulis kekenyangan dengan pilihan yang disediakan. Bagi penulis biarkan pilihan sarapan pagi tidak banyak seperti hotel-hotel besar lain tetapi sudah cukup untuk mengisi perut dan pastinya boleh menggelakkan pembaziran yang besar.
Pastinya, citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang sesuai buat pelancong celik teknologi serta generasi yang muda yang gemarkan sesuatu yang mudah, ringkas tetapi berbaloi.
*gambar diambil FirstClasse dan hotel website.

