Ramadan kali ini, Quan’s Kitchen di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown mengajak  tetamu menyusuri kepelbagaian rasa Malaysia menerusi bufet Ramadan bertemakan ‘Destinasi Citarasa Kita’.

Menghimpunkan warisan kulinari dari kesemua 14 negeri, pengalaman berbuka puasa ini menjanjikan satu perjalanan gastronomi yang meraikan tradisi, nostalgia dan keunikan cita rasa tempatan di bawah satu bumbung.

Menurut Ketua Cef, Cef Mohd Fahmi Samsudin, konsep bufet ini diwujudkan bagi membolehkan setiap tetamu merasai keistimewaan masakan dari seluruh negara.

Cef Fahmi dengan hidangan buka puasa yang disediakan

Setiap hidangan disediakan berasaskan resipi autentik dan bahan segar bagi memastikan keenakan asli yang sinonim dengan tradisi Ramadan terus terpelihara.

Perjalanan rasa bermula di Pantai Barat dengan sajian seperti Ayam Goreng Serai Berempah dari Perlis, Gulai Raja Berangkat dari Kedah, Nasi Kandar serta Sup Kambing Mamak dari Pulau Pinang, diikuti Rendang Tok dan Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh dari Perak.

Selangor mengetengahkan Kari Ikan Bagan Lalang, manakala Kuala Lumpur tampil dengan Nasi Ayam Mr Chua.

Dari Negeri Sembilan pula, hidangan Tempoyak Daun Kayu dan Daging Salai Masak Lemak Cili Api mencuri perhatian, sementara Melaka membawakan Ayam Pongteh dan Cendol Kampung Hulu.

Sajian dari Johor dilengkapkan dengan Nasi Ambeng serta Mi Bandung Muo yang kaya rasa.

Mengintai menu dari Pantai Timur, tetamu boleh menikmati Gulai Patin Tempoyak dari Pahang bersama Kerabu Daging Pucuk Paku dan Sambal Hitam Belimbing Buluh, diikuti Tauhu Sumbat, Gulai Ikan Tongkol dan Keropok Lekor dari Terengganu. Ayam Kerutuk dan Ayam Percik Putih pula dari Kelantan.

Pengembaraan ini diteruskan ke Malaysia Timur dengan Kuih Penyaram dari Sabah, hidangan Borneo Seafood on Ice yang menyegarkan, serta Sarawak Laksa dan Umai Udang yang menjadi kebanggaan negeri tersebut.

Sebagai pelengkap, pelbagai pencuci mulut tradisional turut disediakan termasuk aneka kuih-muih berwarna-warni, bubur manis dan pilihan minuman di sudut Air Balang Chinatown yang menampilkan lima jenis air balang, kopi tarik dan teh tarik.

Suasana berbuka dimeriahkan lagi dengan stesen masakan secara langsung serta gerai luar yang menghadap pemandangan ikonik Menara Merdeka 118, menampilkan Popiah Basah dan Popiah Goreng Uncle Nizam, Cendol dan Air Batu Campur, serta Roti Jala dengan kari ayam dan kaya pandan.

Pengalaman Ramadan di Quan’s Kitchen turut diserikan dengan alunan muzik ghazal secara langsung setiap hari, mewujudkan suasana hangat dan meriah untuk berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai di sepanjang bulan Ramadan.

Bufet Ramadan ‘Destinasi Citarasa Kita’ akan berlangsung di Quan’s Kitchen, Aras 8, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown dari 19 Februari hingga 18 Mac 2026, dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Harga bufet adalah RM218 bersih untuk dewasa, manakala RM109 bersih untuk kanak-kanak (6–12 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas).

Untuk pertanyaan dan tempahan makan, sila hubungi kami melalui WhatsApp di +60 12-507 3327 atau emel ke dining@fourpoints.com.

@travellahmy

Quan’s Kitchen. Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown menjemput anda menikmati bufet Ramadan istimewa bertemakan “Destinasi Citarasa Kita” — satu perjalanan rasa yang menghimpunkan hidangan tradisi dari seluruh negara 🇲🇾 📍 Quan’s Kitchen, Aras 8 📅 19 Februari – 18 Mac 2026 ⏰ 6:30 petang – 10:30 malam 💰 Harga: 👨‍🍳 Dewasa: RM218 bersih 👧🧓 Kanak-kanak (6–12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas): RM109 bersih 🔥 Promosi Tempahan Awal! 📅 13 Januari – 26 Februari 2026 👉 Dewasa hanya RM168 bersih seorang #bukapuasa #Ramadan #fourpointbysheraton #bufetramadan2026 #Foodie

♬ Happy Ramadan – SnowMusicStudio
Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah