Bayangkan anda mendarat di Maldives, menyeberangi lautan biru kristal selama tujuh minit menaiki bot laju, dan akhirnya tiba di sebuah pulau tropika yang belum terusik, penuh gaya, warna, dan berjiwa muda.
Inilah pengalaman yang menanti di dusitD2 Feydhoo Maldives, resort serba lengkap baharu oleh Dusit Hotels & Resorts yang bakal membuka pintu kepada tetamu bermula 27 Julai 2025.
Resort all-inclusive pertama dari rangkaian Dusit Hotels & Resorts ini terletak hanya 7 minit perjalanan menaiki bot laju dari Lapangan Terbang Antarabangsa Velana, Malé.
Satu kelebihan yang pastinya menjadi buruan ramai, terutamanya jika anda mahu menjimatkan kos dan masa apabila tiba di Maldives.
Terletak di pulau semula jadi yang menawan, resort ini direka khas untuk tetamu atau pengembara moden, sama ada pasangan muda, keluarga, mahupun mereka yang ‘muda di hati’, yang mencari keseimbangan antara santai, keseronokan, dan pengalaman unik.

Rekaan berani, jiwa bebas
Setiap sudut dusitD2 Feydhoo melambangkan kebebasan dan ekspresi moden. Resort ini menampilkan 127 vila mewah dalam tujuh kategori yang pelbagai, daripada vila tepi pantai yang tenang hinggalah ke vila di atas air yang mendamaikan.
Setiap vila direka dengan gaya hidup terbuka, lengkap dengan ruang tamu dalam dan luar, dek peribadi, dan plunge pool bagi kebanyakan unit. Saiznya pula dari 77 hingga 306 meter persegi, menjadikan ia sesuai untuk percutian romantik, solo, dan juga keluarga.



Berikut adalah keisimewaan lain yang dijanjikan oleh dusitD2 Feydhoo Maldives?
✔️ Pengalaman all-inclusive gaya baharu
Nikmati hidangan à la carte di lima restoran unik, minuman premium tanpa had, hiburan harian, dan kredit resort untuk memanjakan diri anda.
✔️ Aktiviti eksklusif untuk semua
Daripada sarapan terapung, pawagam pantai, sesi yoga di tepi laut, hinggalah ke hiburan malam dan lawatan snorkeling, semuanya tersedia untuk mencipta memori terindah anda.
✔️ Kehidupan marin yang menakjubkan
Terokai keindahan terumbu karang dan lokasi selaman terbaik Maldives yang terletak berhampiran resort.
✔️Peluang manjakan dan pulihkan diri
Luangkan masa di Namm Spa, atau bersantai dengan moktel tropika di bar atas bumbung sambil menikmati panorama lautan yang memukau. Tidak kira sama ada anda mahu aktif seharian atau sekadar bersantai, dusitD2 Feydhoo Maldives menawarkan segalanya.
Tidak cukup dengan itu, resort ini juga sesuai juga untuk acara korporat dan kumpulan, di mana ia turut menyediakan kemudahan persidangan lengkap untuk kumpulan yang besar, iaitu sehingga 240 orang.
Tawaran eksklusif sempena pembukaan
Untuk meraikan pembukaannya, tetamu yang berminat untuk menjadi salah pengunjung terawal boleh menikmati pakej pelancaran istimewa berikut:
* Pengangkutan bot laju pergi-balik untuk dua orang secara percuma!
* Naik taraf vila ke kategori seterusnya dengan percuma!
* 1 sarapan terapung khas
* Daftar masuk dan keluar untuk tempoh 24 jam
* Diskaun 15% untuk ahli Dusit Gold dan banyak lagi (daftar secara percuma di dusit.com/enrollment untuk menikmati keistimewaan ini.

Syurga tropika anda kini lebih dekat daripada yang disangka. Sama ada anda mengidam percutian mewah, pengalaman laut yang memukau, atau percutian bergaya penuh aktiviti, dusitD2 Feydhoo Maldives adalah tempat di mana impian percutian tropika menjadi nyata.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari https://www.dusit.com/dusitd2-feydhoo/

