Biro Pelancongan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Taiwan telah memperkenalkan ‘Taiwan PASS’, tiket perjalanan elektronik khusus untuk pelancong antarabangsa. Pass ini boleh didapati dengan dua versi – Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Kereta Api Taiwan – menggabungkan pengangkutan utama di seluruh negara bagi memudahkan perjalanan, menjimatkan masa, dan lebih berbaloi untuk pelancong bebas. Bagi menggalakkan lebih ramai pelancong antarabangsa menikmati keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya Taiwan, promosi terhad “Beli Satu, Percuma Satu” kini sedang dilancarkan. Tawaran ini direka khas untuk pelancong jangka pendek, memberikan pengalaman perjalanan yang lebih mudah dan penuh nilai. Sama ada kunjungan pertama atau lawatan seterusnya, dengan Taiwan PASS, pelancong boleh menikmati perjalanan tanpa halangan dan menerokai tarikan utama Taiwan dengan selesa.
Pilihan Terbaik untuk Pelancong Muslim
Dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2024, Taiwan menduduki tempat ke-3 di kalangan destinasi bukan OIC (Organisasi Kerjasama Islam), di belakang Singapura dan UK. Taipei juga buat pertama kali dianugerahkan gelaran “Bandar Destinasi Mesra-Muslim Paling Berpotensi.” Ketika ini, Taipei menawarkan lebih daripada 60 hotel dan restoran mesra-Muslim serta lebih 30 lokasi pelancongan dan ruang awam yang dilengkapi dengan surau dan kemudahan wuduk. Promosi ‘Taiwan PASS’ bukan sahaja membolehkan pelancong menikmati sistem pengangkutan Taiwan yang cekap, tetapi juga memberi peluang untuk menerokai keindahan alam dan budaya Taiwan tanpa perlu risau tentang keperluan makanan halal atau kemudahan beribadah.
Abe Chou, Pengarah Pejabat Pentadbiran Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur menyatakan: “Taiwan komited untuk mewujudkan persekitaran perjalanan mesra-Muslim. Pelancaran promosi ‘Taiwan PASS’ memberikan peluang keemasan kepada pelancong Muslim untuk menerokai kepelbagaian budaya, masakan, dan keindahan alam Taiwan sambil menjimatkan masa dan kos. Kami berbesar hati menjemput pelawat Muslim menikmati promosi ini, mencuba restoran bersijil halal, menggunakan kemudahan solat yang mudah diakses, dan merasai keunikan pesona pulau ini.”
Butiran ‘Taiwan PASS’
• HSR Taiwan PASS merangkumi pas Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) selama 3 hari, pilihan 1 daripada 4 sistem metro, dan pilihan 1 daripada 4 laluan Bas Pelancongan Taiwan. Harga asal ialah NTD 5,000 (kira-kira MYR 668), kini ditawarkan pada harga diskaun NTD 2,500 (kira-kira MYR 333). Tawaran istimewa ini eksklusif untuk pelancong antarabangsa, membolehkan mereka menikmati pengangkutan awam Taiwan dan pemandangan indahnya pada harga yang lebih berpatutan.
• Taiwan Rail Pass juga popular dan pelancong tempatan dan antarabangsa boleh mendapatkannya. Selaras dengan Inisiatif Pemulihan Hualien, pas ini merangkumi pas Kereta Api Taiwan selama 5 hari, pilihan 1 daripada 4 sistem metro, dan 1 daripada 4 laluan Bas Pelancongan Taiwan. Harga asal NTD 5,600 (kira-kira MYR 747), kini ditawarkan pada harga diskaun NTD 2,800 (kira-kira MYR 373), memberikan kemudahan untuk pelancong menerokai keindahan semula jadi di timur Taiwan.
Promosi ‘Taiwan PASS’ ini khusus untuk pelawat antarabangsa jangka pendek dan ditawarkan dengan jumlah yang terhad.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pentadbiran Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur di +603-20706789 atau e-mel tourism@taiwan.net.my.