Bali sememangnya terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan paling popular di dunia! Apatah lagi buat rakyat Malaysia. Selain jaraknya yang tidak terlalu jauh, ia juga kerap menjadi tumpuan berkat ajnas pilihan penginapannya yang menarik.
Sunggah tak dapat dinafikan terdapat ribuan pilihan penginapan di pulau Bali. Antara yang wajar disinggah adalah hotel Aryaduta Bali, sebuah penginapan bertaraf antarabangsa dan terkenal dengan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.
Berpayungkan jenama tempatan tersohor Aryaduta, hotel ini mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Apatah lagi, jenama Aryaduta memang salah satu jenama penginapan tempatan yang sangat popular di Indonesia.
Terletak di Kuta, salah satu kawasan popular di Bali, ia mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Berada di kawasan yang dipenuhi peginapan berprestij serta aneka tempat makan, ia juga bercantum dengan bangunan pusat membeli-belah Lippo Mall yang memang dikenali dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong.
Berbekalkan aneka bilik hotel yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, ia turut menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti kolam renang, gimnasium, dan sebagainya.



Ia juga dilengkapi dengan sebuah restoran tingkat atas bersebelahan kolam renang untuk tujuan sarapan yang menawarkan hidangan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat, ia juga menampilkan pelbagai perkhidmatan lain seperti bilik-bilik mesyuarat untuk tujuan penganjuran acara dan sebagainya.



Tidak dilupakan restoran Henry’s Grill & Bar di tingkat bawah yang sangat popular dengan sajian stik lazat mereka.

Jarak ke kawasan pantai juga tidak terlalu jauh dari hotel ini dan para tamu boleh berjalan kaki untuk ke kawasan tersebut.
Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa, Aryaduta Bali di Kuta wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemewahan dan berlokasi strategik.
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang Aryaduta Bali

