Perhatian buat semua pengunjung gim dan penggemar kecergasan sekalian! Bersiap sedia untuk pertandingan kecergasan berskala besar, REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN yang dinanti-nantikan dan bakal mengegarkan Malaysia buat julung kalinya!

Keterujaan telah mencapai kemuncaknya di acara pelancaran yang diadakan di the Curve apabila REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN mengumumkan hadiah cabutan bertuah yang menarik iaitu sebuah kenderaan NISSAN Almera serba baharu!
Dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 September 2023 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC), acara yang hebat ini bakal menjadi satu pertandingan kecergasan terbesar yang pernah diadakan di negara ini. Bertujuan untuk menguji dan mengukur tahap kecergasan, para peserta boleh menjangkakan satu pengalaman yang mencabar, mendebarkan dan sukar untuk dilupakan.


“Kami merasa amat teruja untuk menganjurkan REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN yang pertama di Malaysia, yang mana akan menghimpunkan para penggemar kecergasan tempatan dan antarabangsa. Acara ini bukan sekadar satu pertandingan; malahan ia merupakan suatu pengalaman transformatif yang akan membakar semangat para peserta, mencabar diri mereka untuk melangkaui had yang mereka anggapkan selama ini dan menemui “REDLINE” masing-masing. Sejak tiket penyertaan awal “early bird” dilancarkan pada awal bulan ini, sambutan dan sokongan yang kami terima adalah di luar jangkaan. Kami tidak sabar untuk menyaksikan keseronokan, tenaga dan semangat yang akan dibawa oleh peserta kami ke acara ini pada bulan September nanti,” kata Callum Meehan, Pengarah Acara REDLINE.
“Di NISSAN, kami bukan sekadar pengedar kereta. Kami juga membawakan keceriaan, keyakinan dan senyuman kepada setiap pemandu untuk menikmati keseronokan baharu dalam setiap perjalanan. Oleh itu, kami amat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada acara ini kerana ia mencerminkan komitmen kami untuk membawakan keterujaan dan pada masa yang sama, menggalakkan gaya hidup sihat dan mendorong orang ramai untuk terus mencabar kemampuan masing-masing,” kata Christopher Tan, Pengarah Jualan & Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.
REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN merupakan satu pertandingan kecergasan yang tiada tolok bandingnya; memberikan individu peluang eksklusif untuk menyerlahkan potensi kecergasan sebenar masing-masing dalam satu acara kecergasan yang hebat dan menyeronokkan.
Acara ini akan dilaksanakan melalui laluan yang direka dengan teliti yang terdiri daripada 12 stesen ujian kecergasan, seperti cabaran kardio yang mendebarkan di stesen “Ski-erg” sehingga cabaran kudrat “Dead Ball Burpees”, setiap stesen menjanjikan pengalaman yang mencabar setiap aspek kecergasan anda. Uji ketangkasan diri anda dengan “Agility Chamber” yang mendebarkan dan melalui cabaran “Sled Push”, anda boleh mempamerkan letusan kekuatan anda. Selain daripada itu, terdapat juga tiga cabaran Zon Merah NISSAN yang mana peserta boleh menguji ketahanan kardiorespiratori dan otot mereka.
Namun begitu, keterujaan tidak berhenti setakat itu sahaja! Sebagai sebahagian daripada pengaktifan acara kemuncak, empat peserta terkuat akan berpeluang untuk menguji kekuatan dan daya ketahanan masing-masing dengan menarik sebuah trak NISSAN Navara. Stesen-stesen kecergasan yang direka khas ini akan menguji kekuatan fizikal dan mental anda, mendorong anda untuk melangkaui had anda selama ini dan memperoleh tahap pencapaian baharu.
Para peserta boleh memilih daripada pelbagai kategori yang mendebarkan untuk menyerlahkan kehebatan diri mereka, iaitu Kategori Perseorangan Lelaki dan Wanita (divisyen terbuka dan kompetitif), Kategori Beregu (Beregu Lelaki, Beregu Wanita dan Beregu Campuran), dan Pasukan Berganti-ganti (Lelaki, Wanita dan Campuran dengan dua lelaki dan dua perempuan). Tanpa mengira tahap kecergasan anda atau kategori pertandingan yang menjadi pilihan, pastinya terdapat kategori yang dapat mencabar dan memberi inspirasi kepada anda untuk melakukan yang lebih baik berbanding dengan prestasi sebelum ini.
REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh Rakan Penaja Utama Rasminya, NISSAN. Acara tersebut turut disokong oleh FLY FM sebagai Rakan Radio rasmi, 100 Plus sebagai Rakan Hidrasi, bersama rakan penaja seperti Fitness First, Celebrity Fitness, CHI Fitness, Optimum Nutrition, Aviron Racing, Concept 2, dan Savage Gears.
Tiket boleh dibeli di www.redlinefitnessgames.com dan kunjungilah jerayawara REDLINE yang bakal berlangsung seperti berikut:
Tarikh | Masa | Lokasi |
29 – 30 Julai 2023 | 8.30 pagi – 12.00 tengah hari | Fitness First, the Curve |
5 -6 Ogos 2023 | 8.30 pagi – 11.30 pagi | Tropicana Gardens Mall |
12 – 13Ogos 2023 | 8.30 pagi – 12.00 tengah hari(12 Ogos 2023) | Train by Blackbox, Subang Jaya |
1.30 petang – 4.30 petang(13 Ogos 2023) | ||
17 – 21 Ogos 2023 | 10.00 pagi – 10.00 malam | Toppen, Johor Bharu, Main Atrium, L1 |
26 – 27 Ogos 2023 | 10.00 pagi – 11.30 pagi | District 13, Petaling Jaya |
Daftarlah hari ini dan bersiap sedia untuk menyemarakkan semangat anda di REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN!