Sempena cuti sekolah dan sepanjang bulan Jun 2023, Pavilion Bukit Jalil bekerjasama istimewa bersama Warner Bros. Discovery Global Consumer Product bersempena kempen ulang tahun studio mereka ke 100 – Celebrating Every Story. Para pengunjung disajikan dengan pelbagai tarikan dekorasi menarik, aktiviti hiburan, pameran serta jualan dan juga penebusan barangan eksklusif serta terhad.
Turut hadir Bersama dalam majlis perlancaran MID-YEAR FIESTA (MY FIESTA) Pavilion Bukit Jalil dan Ulang Tahun Warner Bros. Studio ke 100 adalah Pengarah Regal Path Sdn Bhd, Datuk Lee Whay Hoong; Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Dato’ Joyce Yap; Ketua Bahagian Perkongsian UOB Malaysia, Mr Fabian Poh dan Pengarah Bersekutu, Pelesenan Studio Pasific, Mr. Keith Ng mewakili Warner Bros. Studio.
MY FIESTA
Berdiri megah di aras dua Centre Court, terdapat Menara Air ikonik Warner Bros. Studio memaparkan peredaran masa, momen serta adegan filem penting sepanjang penubuhannya untuk satu abad yang lalu. Terdapat pelbagai hiasan bertema serta latar belakang yang menarik untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan seperti Platform 9¾ dari siri Harry Porter, Tom & Jerry Animation Studio, Mystery Machine terkenal dari siri Scooby Doo dan Pameran The Flash yang menampilkan latar belakang adegan wayang tersebut dan aktiviti interaktif mengelilingi arca ikonik tersebut. Terdapat juga siri francais Wizarding World, DC Super Heroes, Batman & Wonder Woman serta sitcom TV 90-an FRIENDS dan banyak lagi.
MY FUN ACTIVITIES
Pengunjung juga dijemput untuk sertai pertandingan cosplay pada 10 Jun 2023 dan berpeluang untuk memenangi wang tunai, baucar beli belah dan cenderamata eksklusif WB100 seperti patung kecil DC dari Beast Kingdom, Batmobile dan patung aksi Batman, tabung pelbagai guna Justice League, Mysterious Wands dari Wizarding World: Harry Potter dan bekas air, lencana butang, tag bagasi ekslusif WB100 dan bermacam lagi.
Pengunjung juga boleh membawa si kecil ke karnival pengembaraan interaktif World of Nickelodeon yang pertama di Malaysia dan Pinkfong Baby Shark Adventure Ville oleh Toy World di aras 5 (Zon Oren). Teruskan berhibur dengan menyaksikan wayang blockbuster terkini di pawagan TGV Cinemas di aras 5 (Zon Oren) yang baru sahaja beroperasi atau nyanyi sepuas hati bersama teman dan keluarga di K11 Karaoke, aras 5 (Zon Oren). Para penggunjung turut diseru untuk selami dunia fantasi pembikin filem legenda Amerika melalui pameran The World of Tim Burton Pop-Up Museum, aras 2 (Zon Merah Jambu).
Jangan lepaskan peluang dengan menebus hadiah ekslusif sempena ulangtahun Warner Bros ke -100 dengan setiap pembelian bernilai RM200.