Jenama fesyen Jepun, Onitsuka Tiger berterusan mempersembahkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi. Justeru, aspek minimalisme Jepun diangkat sebagai tema bagi kempen koleksi Musim Bunga dan Panas kali ini. Di bawah kendalian pengarah kreatifnya, Andrea Pompilio, koleksi ini menggabungkan bentuk inovatif bersama warisannya serta mengekspresikan kemuncak keindahan menerusi estetika subtratik yang mengenepikan sesuatu yang tidak perlu.
Tema ini diteruskan dengan visual kempen, yang mensublimasi minimalisme dengan mengetengahkan perbezaan pelbagai elemen antaranya siluet dan ruang, langit dan warna bangunan serta latar belakang geometri dan sfera. Ia ditambah lagi dengan kemunculan bola gergasi seakan planet yang memberikan impak lebih artistic.
Koleksi ini ditakrifkan oleh perincian yang mengubah helaian paling ringkas menjadi sebuah objek reka bentuk. Setiap helaian dihasilkan di Jepun, dengan siluet beralun, kental dalam warisannya, dan perhatian terhadap perincian, bermula dengan logo bersulam berjahitan zigzag, serta jahitan kelim menarik. Keadaan bentuk tubuh tidak ketinggalan menjadi tumpuan terhadap pembangunan kreatif ini dan dihasilkan semula dengan rekaan yang dipinjam daripada budaya Jepun.
Pompilio tidak ketinggalan meletakkan tumpuan pada sisi belakang penggayaan yang mengenepikan duakedimensian bagi memperoleh kesan tiga-kedimensian yang tidak dijangka: sebagai tambahan kepada tali cerut yang mentakrifkan semula siluet, gaun-gaun yang boleh diasingkan dan jaket yang boleh dipakai dengan mantel yang dipinjam gayanya daripada kot trench, di samping sang pereka memperkenalkan gaun kecil dengan poket beg sandar yang digabungkan dibahagian belakang. Untuk palet warnanya, hitam dan putih merupakan naratif utama, namun disertakan dengan kuning dan hijau shiso, yang diilhamkan oleh rona cerah daun selasih Jepun.
Himpunan sepatu dan aksesorinya turut meninggalkan impak tersendiri. Sepatu ikonik SERRANOTM mempunyai motif grafik bercetak yang mengingatkan kepada cakaran harimau dan diperbaharui sebagai model TIRRACKTM. Selipar kulit yang diinspirasikan oleh selipar setta dihasilkan di Jepun, sementara model SCLAWTM dan SCLAWTM MT, yang menampilkan beberapa perincian pada padanan tinggi dan rendah, menjadi kasut baharu musim ini: lincah namun berprestasi tinggi. Topi besbol, digabungkan bersama penghadang matahari tipikal yang lazimnya digunakan oleh masyarakat Jepun, mempunyai bingkai di bahagian depan serta belakang dan boleh dipakai pada kedua-dua bahagian. Koleksi beg pula disertakan sulaman logo dan Claw Stripes, inspirasi daripada beg boling, hadir dalam tiga saiz termasuk saiz mikro.
Persembahan himpunan koleksi ini berlangsung di Minggu Fesyen Milan pada September 2022 lalu ini turut menonjolkan rekaan fonkepala turut disertakan hasil kolaborasi brsama Bang & Olufsen, pengeluar peralatan audio bertaraf dunia yang diasaskan di Denmark pada tahun 1925. Susulan kolaborasi ini, dua jenama terbabit sekali lagi muncul dengan pelancaran fonkepala istimewa yang hanya boleh didapati di beberapa negara terpilih.
Koleksi Musim Bunga & Panas Onitsuka Tiger 2023 boleh didapati di butik utama mulai Mac 2023.
Laman sesawang istimewa : https://www.onitsukatiger.com/my/en-my/p/ss23