15 September lalu, Harper Purwakarta meraikan ulangtahun mereka yang kelima. Biarpun masih dalam fasa pandemik, kesemua petugas hotel Harper Puwakarta terus tetap bersemangat dan optimis dalam menjalankan tugas agar terus menjadi hotel nombor 1 di Purwarkarta.
Uniknya sambutan kali ini, lima hidangan nasi tumpeng istimewa ala Harper Purwakarta disediakan untuk dinikmati oleh semua petugas hotel dan tetamu yang sama-sama meraikan hari istimewa itu. Tambah istimewa apabila semua ketua jabatan turut turun padang melayan setiap tetamu.
“Ketika ini adalah waktu yang paling sesuai untuk mengubah pola dan cara bekerja yang lebih daripada biasanya, lebih lincah, lebih produktif, lebih semangat untuk tetap sihat selamat dengan mengikuti SOP kesihatan yang telah ditetapkan,” ujar Pengurus Besar Harper Purwakarta, Rini Resniawati,CHA dalam ucapannya.
Harper Purwakarta merupakan hotel berkelas 4 bintang di bawah pengurusan Archipelago International, rangkaian hotel milik swasta dan yang terbesar di Asia Tenggara.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.harperhotels.com/en/hotel/view/55/harper-purwakarta

