Baru sahaja menjuarai rancangan realiti nyanyian buat penyanyi yang pernah menempa nama iaitu Gegar Vaganza musim kelima bersama dengan Naqiu, bekas pemenang pertandingan Singapore Idol musim kedua, Hady Mirza kini semakin dikenali ramai di Malaysia.


Malah Hady kini bergelar pengacara rancangan realiti nyanyian dan tarian, Dansa Dan-Sing yang menemui penonton setiap hujung minggu.
Kami di Travellah sempat menemubual penyanyi serta pengacara berbakat besar ini dan bertanya tentang destinasi percutian pilihannya.

Hady memberitahu bahawa dia memilih kota Amsterdam di Belanda sebagai destinasi percutian yang paling disukai kerana ia merupakan sebuah kota yang sangat ‘berwarna-warni’.

Selain itu dia turut memberitahu bahawa dia juga ingin sekali melawat negara-negara Timur Tengah dan juga negara Mediterranean. Menurutnya lagi, dia baru melawati beberapa negara sahaja dan masih banyak destinasi yang ingin dia kunjungi.

Kami mendoakan supaya Hady berpeluang melawat negara-negara yang dia sebutkan tadi. Semoga kerjayanya juga terus berkembang maju!
Di sini kami sertakan juga rakaman temubual ringkas bersama Hady Mirza selepas sidang media konsert akhir Gegar Vaganza 5 !

