Pengalaman perjalanan kini semakin menyenangkan apabila platform mobiliti terkemuka dari Eropah, Bolt, mula memperkenalkan ciri Flight Tracking bagi memudahkan pengambilan penumpang di lapangan terbang.

Bermula 22 Mei lalu, pelanggan Bolt boleh menyelaraskan maklumat penerbangan  semasa menjadualkan perjalanan untuk pengambilan di lapangan terbang.

Ini bermakna, sekiranya penerbangan anda ditunda atau dibatalkan, Bolt akan melaras semula masa pengambilan atau membatalkan perjalanan tersebut secara automatik tanpa sebarang caj tambahan.

Anda hanya perlu menekan butang ‘Schedule’ pada skrin utama bersebelahan carian destinasi dan memasukkan lokasi pengambilan samaada daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1) atau Terminal 2 (KLIA 2), serta destinasi seperti biasa untuk mula menjadualkan perjalanan.

Pelanggan boleh memilih ‘Add Flight Details’ dan memilih tarikh ketibaan penerbangan, nombor penerbangan, syarikat penerbangan, atau bandar berlepas dan pilih penerbangan yang spesifik.

Selain itu, anda juga boleh memilih tempoh masa selepas ketibaan untuk diambil oleh pemandu dan sekiranya berlaku kelewatan atau pembatalan penerbangan, Bolt akan mengemas kini tempahan secara automatik mengikut jadual baharu..

Pengurus Besar Bolt Malaysia berkata, Afzan Lutfi berkata, Bolt kini menjadi rakan rasmi e-hailing di lebih 30 lapangan terbang di seluruh dunia, termasuk KLIA 1 dan 2. Ini bermakna pelanggan Bolt boleh menaiki kenderaan terus dari balai ketibaan tanpa perlu mencari titik pengambilan berasingan.

“Dengan ciri ‘Flight Tracking for Scheduled Rides’, pelanggan individu dan pelanggan Bolt Business kini boleh menyelaraskan butiran penerbangan mereka semasa menjadualkan perjalanan dari lapangan terbang.”

“Jika penerbangan mereka tertunda atau dibatalkan, kami akan melaras semula masa pengambilan atau membatalkan perjalanan tersebut secara automatik tanpa sebarang caj tambahan.”

“Ini membolehkan pelanggan mengurangkan masa menunggu di lapangan terbang dan menikmati jaminan perjalanan sebaik tiba, walaupun pada waktu puncak atau luar waktu operasi biasa,” ujar beliau.

Ini merupakan penambahbaikan terkini untuk perkhidmatan ‘Scheduled Rides’ oleh Bolt sejak tempoh tempahan dilanjutkan kepada 90 hari pada tahun lalu. Bolt kini menawarkan pelbagai kategori baharu untuk perjalanan yang dijadualkan di peringkat global, yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pasaran tempatan.

Memandangkan lapangan terbang merupakan antara destinasi paling popular bagi perjalanan Bolt, platform ini turut memperkenalkan pelbagai ciri baharu yang meningkatkan pengalaman pengguna di lapangan terbang, secara dalam talian dan fizikal.

Panduan bergambar dalam aplikasi memudahkan pelanggan menuju ke kawasan pengambilan Bolt, manakala penjenamaan lapangan terbang membantu pelanggan mengenal pasti lokasi pengambilan dengan lebih jelas.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah