Tersergam indah di kota popular Bandung di Indonesia, hotel de Braga by Artotel adalah sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.

Sebagai salah satu hotel terbaik di kota tersebut, hotel ini mampu membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Lagipun, jenama Artotel memang salah satu jenama hotel tempatan yang sangat popular di Indonesia.

Terletak di tengah pusat kota Bandung berdekatan Jalan Braga, hotel ini mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Berada di kawasan pusat perniagaan serta komersial, ia juga mudah dijangkau berkat aneka pengangkutan awam yang ada di kota ini.

Jangka masa dari Stesen Kereta Api Bandung ke hotel ini tidak sampai 30 minit dengan menaiki kereta dan stesen kereta api itu juga menghubungkan kota Bandung dengan Jakarta melalui stesen Gambir.

Hotel ini juga mudah diingati kerana senireka dalaman bangunannya yang gah dan cantik selain kedudukan di pusat kota. Pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari senireka bentuk hotel menarik ini. Terdapat banyak karya seni seniman tempatan yang dipaparkan di kawasan hotel ini.

Berbekalkan bilik-bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif dengan karya seni yang menarik, hotel ini turut menawarkan pemandangan kota yang menakjubkan dari jendela bilik di tingkat atas.

Dilengkapi dengan sebuah bistro yang menawarkan hidangan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat, hotel ini juga menampilkan sebuah restoran di tingkat lobi yang bernama B10 City Terrace and Bar buat para tamu yang ingin menikmati hiburan dan minuman.

Semestinya, hotel ini turut dilengkapi dengan sebuah kolam renang, gimnasium, bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga majlis seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.

Buat yang suka memanjakan diri, mereka ada menawarkan perkhidmatan spa untuk pelbagai rawatan urutan yang menenangkan.

Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa hotel ini wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemewahan tanpa perlu mengeluarkan belanja yang terlalu besar.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang de Braga by ARTOTEL.

Sambungan internet penulis sepanjang berada di Indonesia ditaja oleh Roaming Man Malaysia

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah