Kalau cuti Merdeka kali ini membawa anda ke Klang Valley, jangan terlalu cepat penuhkan itinerari dengan destinasi popular dan pusat beli-belah yang biasa dikunjungi.
Luangkan sedikit masa untuk singgah di 1 Utama kerana dari 25 hingga 31 Ogos 2026, pusat beli-belah ini menjadi lokasi berlangsungnya ‘Harumnya Merdeka Bersama-sama’ bersama Ouji.
Berlangsung sepanjang seminggu, acara ini menawarkan pengalaman yang sedikit berbeza untuk pengunjung yang mahu mengisi cuti bersama keluarga atau rakan-rakan.
Ia bukan sekadar pameran produk, sebaliknya menghimpunkan pelbagai aktiviti interaktif, demonstrasi secara langsung, ruang foto dan cabaran yang boleh disertai pengunjung daripada pelbagai peringkat umur.
Bagi yang datang dari negeri lain dan menjadikan Klang Valley sebagai destinasi percutian sempena Merdeka, acara seperti ini boleh menjadi salah satu persinggahan santai dalam itinerari.
Selepas menikmati sarapan, berjalan-jalan atau membeli-belah di sekitar kawasan 1 Utama, bolehlah luangkan masa menerokai pengalaman yang ditawarkan di ‘Harumnya Merdeka Bersama-sama’.
Menariknya, pengunjung berpeluang mengenali beberapa jenama di bawah Ouji yang dekat dengan rutin harian, termasuk arFÜM untuk wangian premium, Dynamo bagi produk pembersihan, Fresh HY untuk kesegaran serta Fab yang mengetengahkan penjagaan fabrik.
Namun, tarikan acara ini bukan hanya tentang produk. Pengunjung boleh mencuba sendiri aktiviti praktikal, stesen interaktif dan cabaran yang disediakan, selain merakam kenangan di ruang foto peribadi.



Hidangan ais krim istimewa turut disediakan sepanjang acara, menjadikan kunjungan lebih menyeronokkan terutama jika datang bersama keluarga.
Satu lagi perkara yang menarik perhatian ialah kerjasama Ouji bersama Samsung. Pengunjung berpeluang melihat demonstrasi secara langsung serta mencuba pengalaman interaktif melibatkan produk tertentu, sekali gus memberikan sedikit kelainan kepada pengalaman berkunjung ke roadshow ini.
Datang Untuk Pengalaman, Pulang Dengan Hadiah

Kalau sudah merancang untuk singgah, ada pula peluang untuk membawa pulang hadiah menarik.
Sepanjang kempen, pembelian minimum RM88 dalam satu resit melayakkan pengunjung mendapat satu penyertaan cabutan bertuah. Cabutan akan dibuat secara langsung pada hari terakhir roadshow dan turut distrim secara langsung.
Hadiah utama ialah sebuah Samsung Washer Dryer Hygiene Steam 10/6kg, manakala tiga pemenang hadiah kedua masing-masing akan menerima bekalan kapsul arFÜM selama setahun. Sebanyak 100 hadiah saguhati turut disediakan dalam bentuk baucar.
Bukan itu sahaja, terdapat juga hadiah serta ganjaran segera mengikut jumlah perbelanjaan. Pembelian RM38 memberikan peluang menerima pek sachet, manakala perbelanjaan RM88 dan RM188 menawarkan ganjaran yang berbeza termasuk set mangkuk premium, produk penjagaan fabrik dan cetakan magnet foto.

Dengan gabungan pengalaman interaktif, aktiviti untuk seisi keluarga, kolaborasi bersama Samsung serta peluang memenangi hadiah, ‘Harumnya Merdeka Bersama-sama’ boleh dimasukkan sebagai salah satu persinggahan dalam itinerari anda.


