Kekal terhidrat ketika melancong sering dipandang ringan, sedangkan perubahan cuaca, jadual perjalanan yang padat dan pergerakan berterusan boleh menyebabkan tubuh mudah mengalami dehidrasi.

Bagi traveller yang sentiasa aktif, membawa tumbler sendiri bukan sekadar pilihan mesra alam, malah satu keperluan.

Antara pilihan yang wajar diberi perhatian ialah Sipzz, jenama tumbler gaya hidup dari Singapura yang kini hadir dengan Flagship Store pertamanya di Malaysia di Paradigm Mall Petaling Jaya.

Apa yang membezakan Sipzz ialah pendekatan mereka terhadap hidrasi, bukan sekadar fungsi, tetapi pengalaman. Dengan rekaan pastel yang ceria dan ekspresif, tumbler Sipzz sesuai dijadikan teman travel sama ada untuk penerbangan jarak jauh, road trip, city exploration atau aktiviti outdoor.

Kenapa Sipzz jadi pilihan?

1. Direka untuk travel & gaya hidup aktif
Tumbler Sipzz diperbuat daripada keluli tahan karat 304 gred makanan, selamat digunakan dan membantu mengekalkan suhu minuman lebih lama.

Ia sesuai untuk menyimpan air sejuk ketika cuaca tropika atau minuman panas semasa perjalanan jauh. Reka bentuknya juga ergonomik dan mudah dibawa dalam beg kabin atau beg galas.

2. Kualiti yang diyakini untuk penggunaan harian
Produk terpilih seperti H2O Medium dan H2O Large telah mendapat pengesahan SGS (Société Générale de Surveillance), memberikan keyakinan dari segi keselamatan dan kualiti, penting untuk traveller yang kerap menggunakan tumbler sepanjang hari.

3. Galakkan hidrasi ketika travel
Menurut laporan insight pengguna Gen-Z oleh Glanbia Nutritionals, hidrasi membantu meningkatkan fokus, emosi dan kesejahteraan harian.

Berpegang kepada falsafah “Drop the Boring, Sip the Fun”, Sipzz menjadikan rutin minum air lebih menyeronokkan, sekaligus membantu traveller minum air dengan lebih konsisten walaupun ketika sibuk meneroka destinasi baharu.

Sentuhan Peribadi & Rekaan Edisi Terhad

Koleksi Mew Mew

Sempena pembukaan Flagship Store, Sipzz turut memperkenalkan Koleksi Spring yang segar dan ceria serta Koleksi Mew Mew yang comel dan penuh personaliti.

Anda juga boleh mengukir nama sendiri pada tumbler, menjadikannya lebih peribadi dan mudah dikenal pasti ketika travel atau berkongsi ruang dengan rakan perjalanan.

Travel Essential yang Mampu Milik

Dengan harga bermula dari RM49.90 hingga RM149.90, Sipzz menawarkan tumbler berkualiti premium pada harga berpatutan, sesuai untuk pelbagai jenis traveller, daripada short getaway hingga perjalanan jarak jauh.

Selain Flagship Store di Paradigm Mall Petaling Jaya, Sipzz juga boleh didapati melalui kedai konsep terpilih serta secara dalam talian di Shopee dan TikTok Shop, memudahkan persediaan travel anda.

Share:
, , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah