Bertempat di Restoren Nook, Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral, tiga sous chef junior mereka akan mengambil alih dapur Nook dengan menyediakan sajian yang menyelerakan dari Itali, Mexico dan Malaysia.

Chef Izmin yang berpengalaman lebih dari 10 tahun akan menyediakan masakan Itali yang lazat dan menyelerakan. Mendapat didikan masakan Itali dari Chef Samuele Alvisi dari Restoren Prego di Hotel Westin, Kuala Lumpur, antara menu yang disediakan adalah Polpette Al Formagio e Pomodoro dan Salmone Putanesca.

Bagi sajian berinspirasikan Mexico pula, Chef Wan atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan bin Leman bakal menyedia masakan seperti Lamb Fajitas dan Mexican Chicken Lasagna. Manakala untuk sajian masakan Malaysia pula bakal disediakan oleh Chef Ahmad yang mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman. Antara menu yang akan disediakan oleh Chef Ahmad adalah Daging Salai Masak Lemak dan Sambal Udang Goreng.

Selain itu terdapat juga aneka masakan dan menu seperti Laksa Sarawak, Nasi Lemak dan juga Nasi Ayam juga disediakan. Hidangan buffet di Restoren Nook berharga RM118 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak.

Share:
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *