Jenama sushi tempatan, Sushi Plus, berganding bahu dengan selebriti chef dan juara MasterChef Selebriti Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob, untuk memperkenalkan menu fusion terbaharu yang dinamakan Flavour Kahwin — gabungan unik cita rasa Malaysia dengan teknik sushi Jepun yang asli.

Hasil ciptaan Dato’ Fazley bersama chef residen Sushi Plus, Chef Hugo, menu Flavour Kahwin membawa pengalaman kulinari yang berani, berwarna-warni dan penuh rasa kebanggaan Malaysia.

Menu bermusim ini menampilkan empat sajian istimewa:

● Nasi Lemak Sambal Idako

● Beef Cili Api Sushi

● Pulut Rendang Ayam Sushi

● Nasi Kerabu Unagi Sushi

“Saya memang sudah lama teringin untuk menghasilkan menu sushi yang benar-benar mewakili Malaysia — sushi yang menggabungkan seni Jepun dengan rasa unik negara ini. Pertemuan dengan Dato’ Fazley menjadikan impian ini nyata, dan lahirlah Flavour Kahwin,” kata Chef Hugo bagi pihak Sushi Plus.

Dato’ Fazley turut berkongsi keterujaannya: “Apabila Chef Hugo mengusulkan idea Flavour Kahwin, saya sangat teruja untuk mencipta semula makanan kegemaran rakyat Malaysia dalam bentuk sushi. Kepakaran beliau dalam teknik Jepun digabungkan dengan minat saya terhadap masakan tempatan menjadikan kolaborasi ini istimewa. Bersama-sama, kami hasilkan sushi yang menyeronokkan, penuh rasa dan bangga dengan identiti Malaysia.”

Menu Flavour Kahwin akan mula ditawarkan selama dua bulan sahaja bermula 2 September 2025 di semua 15 cawangan Sushi Plus di Lembah Klang dan Johor — termasuk Sri Petaling, The Starling Mall, Bangsar South Vertical, Plaza Shah Alam, TRX Exchange 106 (bakal dibuka), serta Johor Taman Pelangi, Eco Botanic dan KSL City Mall, antara lain.

Sushi Plus berharap menu ini dapat menarik perhatian & citarasa rakyat Malaysia bersempena sambutan Merdeka ke-68, menyatukan warisan, budaya dan inovasi dalam hidangan harian.

Share:
, , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah