Menu
Rasa & Savour

NIKMATI ANEKA CITA RASA DENGAN KENTANG A.S. SEMPENA HARI PEMAKANAN SEDUNIA

Potatoes USA meraikan Hari Pemakanan Sedunia yang bertemakan “A World Of Flavours” (Aneka Cita Rasa) pada 28 Mei bersama 20 personaliti berpengaruh di media sosial dengan menyediakan pelbagai sajian yang lazat dan menyelerakan menggunakan kentang A.S. sebagai ramuan utama di TCH Foodworks Culinary Workspace, di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Kentang A.S., sama ada yang segar atau sejuk beku, ialah ramuan serba guna yang boleh memberi inspirasi kepada pelbagai sajian — baik pembuka selera, sup, hidangan utama mahupun manisan. Di samping itu, kentang A.S. kaya dengan nutrien dan mengandungi lebih banyak tenaga berbanding mana-mana sayur-sayuran popular lain.  

Menurut pakar runding diet Indra Balaratnam, sebiji kentang A.S saiz sederhana menyediakan kira-kira 110 kalori yang mudah dihadam, dan tidak mengandungi kolesterol, garam mahupun lemak. Kentang A.S merupakan sayur jenis ubi yang padat dengan nutrien, menjadikannya pilihan makanan yang sihat untuk menjaga kesihatan seisi keluarga.

Sebiji kentang A.S. sederhana mengandungi 26 gram karbohidrat (9% nilai harian) untuk membekalkan tenaga kepada otot dan otak, dan protein untuk membantu dalam pembinaan sel dan otot. Di samping itu, Kentang A.S. kaya dengan Vitamin C (30% nilai harian) yang menjadikannya sajian lebih sihat dan memainkan peranan penting menyokong sistem imun badan.

Cik Tania Lee, pakar diet sukan juga berkongsi petua tentang manfaat Kentang A.S. bagi mereka yang menjalani kehidupan aktif dan cergas. “Kentang boleh memberi tenaga kepada badan dan menyokong prestasi sukan. Karbohidrat ialah pembekal tenaga penting bagi otot semasa bersenam dan juga proses pemulihan selepas sesi bersenam, justeru membantu mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum.

“Kentang mengandungi 3 gram protein setiap hidangan yang merupakan sumber khasiat bagi tumbesaran dan juga komponen penting bagi perkembangan otot, ligamen, dan sendi. Kalium ialah mineral yang merupakan elektrolit bagi otot untuk berfungsi dengan baik. Sebiji Kentang A.S membekalkan15% daripada keperluan kalium harian anda, dan ini lebih banyak daripada yang terkandung dalam pisang saiz sederhana,” jelas Tania.

Di acara tersebut, pakar diet Indra Balaratnam mengesyorkan empat resipi yang menyelerakan dan berkhasiat menggunakan kentang A.S. – Mufin Kentang Russet A.S., Kroket Feta & Parsli Kentang A.S., Kerabu Epal Hijau Kentang Russet A.S. dan Kentang A.S. Bakar ala TexMex. Indra menerangkan bahawa sajian-sajian ini mudah disediakan dan popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kelazatan rasa yang menambat selera dan sememangnya sesuai untuk disajikan dalam majlis keluarga dan juga sebagai sajian segera.

Seramai 20 personaliti berpengaruh di media sosial telah menyerlahkan kebolehan memasak dan mencipta resipi masing-masing menggunakan Kentang A.S., yang sekali gus memperlihatkan keserbagunaan, kepelbagaian cita rasa, kelazatan dan kesenangan menyediakan hasil ciptaan mereka.

Tiga sajian utama yang menambat hati dan selera terdiri daripada:

  • Hadiah Utama – Wafel Kentang berserta Smoothie Kentang, hasil ciptaan Khairul

   dan Mawardi

  • Tempat Kedua – Sate Kentang A.S., hasil ciptaan Kelly dan Wilson
  • Tempat Ketiga – Poke Bowl Kentang A.S., hasil ciptaan Kathy dan Christy

Eddie Saw, Wakil Pasaran Potatoes USA dan Timothy Harrison, Atasye Pertanian Serantau, Perkhdimatan Pertanian Asing, Kedutaan A.S. Kuala Lumpur merupakan tetamu kenamaan di acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut dan resipi menarik, kunjungi www.uspotatogoodness.com.my atau Facebook: @My Potatoes USA

No Comments

    Leave a Reply