Warga Shah Alam mungkin ada tidak tahu yang Hock Kee Kopitiam telah pun sampai ke bandaraya ini.

Kopitiam yang ditubuhkan di Johor Bahru pada 2018 ini telah beroperasi di  AEON Mall, Shah Alam bermula Oktober lalu, dan ini merupakan cawangan ke-14nya.

Pengasas Hock Kee Kopitiam, Nick Ng berkata, dia berasa bangga kerana akhirnya hasratnya untuk membuka kedai di dalam AEON Mall akhirnya terlaksana.

“Membesar di Johor Bahru, salah satu tempat kegemaran saya untuk dikunjungi ialah AEON Mall. Apabila AEON Mall pertama dibuka di Johor Bahru, saya benar-benar kagum dengan betapa besar dan cantiknya pusat beli-belah itu, dan saya tertanya-tanya sama ada suatu hari nanti saya akan berpeluang membuka kedai di sana.”

“Impian itu akhirnya menjadi kenyataan dengan pembukaan Hock Kee Kopitiam di AEON Mall Shah Alam. Ini adalah cawangan pertama kami di rangkaian pusat membeli-belah, AEON Mall,” ujar beliau.

Di cawangan baharu ini, pelanggan boleh menikmati pelbagai hidangan ‘Rasa Malaysia’, termasuk sajian kegemaran Hock Kee seperti nasi lemak banjir, kari laksa, nasi ayam, kuey teow goreng satay, serta hidangan istimewa Johor seperti Laksa Johor Asli dan soto ayam dengan nasi impit dan lontong.

Misi Berpaksi Pada Semangat Malaysia

Di Hock Kee Kopitiam, setiap hidangan bukan sekadar makanan, ia adalah Citarasa Malaysia yang sebenar. Semangat Muhibbah yang menjadi teras jenama ini terserlah melalui suasana harmoni dan kebersamaan, di mana rakyat pelbagai bangsa berkongsi meja, cerita, dan aroma masakan yang membangkitkan selera.

Menu di sini disusun untuk memikat semua citarasa, daripada penggemar sarapan klasik hingga pencinta hidangan nostalgia yang mengimbau memori zaman kecil. Apa jua keperluan diet atau latar belakang anda, Hock Kee memastikan setiap pelanggan dapat menikmati hidangan dengan penuh keselesaan, seolah-olah sedang makan di rumah sendiri.

Setiap Hidangan Dimulai Dari Dapur, Bukan Dari Peti Sejuk Beku

Sejak hari pertama, Hock Kee Kopitiam berpegang pada satu prinsip, makanan mesti segar dan dimasak mengikut pesanan. Tiada makanan pra-sedia, tiada yang beku. Hanya masakan panas-panas yang baru keluar dari dapur.

Dengan sistem operasi dapur yang konsisten dan amalan kebersihan yang ketat, setiap cawangan Hock Kee menjanjikan rasa dan kualiti yang sama. Dek kerana itulah juga, rangkaian restoran ini disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Keaslian rasa menjadi identiti mereka. Selama lapan tahun beroperasi, mereka terus menambah variasi menu, memperkenalkan hidangan baharu yang mengekalkan serta meraikan kekayaan warisan kulinari Malaysia.

Masuk sahaja ke Hock Kee, anda akan disambut dengan bunyi kuali yang mendesis, aroma kopi pekat yang baru dibru, dan kehangatan roti bakar yang baru terangkat dari griddle.

Menjelang akhir 2025, lebih banyak cawangan akan dibuka di seluruh negara. Jadi di mana pun anda melancong, bersarapan, atau mencari tempat lepak bersama keluarga, pasti akan ada sebuah Hock Kee yang menanti dengan kehangatan — dan hidangan yang membuatkan anda tersenyum sebelum suapan pertama lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hock Kee Kopitiam, sila layari laman web rasmi mereka.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah