K Fry Urban Korean, rangkaian restoran ayam goreng Korea tempatan yang digemari ramai di Malaysia, kini meningkatkan keterujaan dengan menu terbaharu, Jjuk Jjuk 4 Sauces Drumsticks. Pada masa yang sama, K Fry turut memperkenalkan gaya penyajian dan hiasan hidangan yang diperbaharui untuk memberikan pengalaman menjamu selera yang lebih segar, menarik untuk bergambar, dan menyeronokkan untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga.

Dikenali dengan sajian Korea asli yang menyajikan rasa “comfort food” dan disahkan Halal sepenuhnya, K Fry sentiasa menitikberatkan momen kebersamaan di meja makan. Setiap hidangan dimasak segar menggunakan bahan berkualiti tinggi, menyatukan orang ramai melalui rasa yang lazat dan membuka selera.
Ismail Bin Sulaiman, Pengarah Operasi K Fry Urban Korean berkata, “Rakyat Malaysia datang ke K Fry bukan sahaja untuk menikmati hidangan, tetapi untuk merasai kegembiraan berkongsi makanan bersama. Sepanjang tahun, kami melihat trend menjamu selera semakin berubah, pelanggan kini mahukan rasa yang mengejutkan serta penyajian yang menjadikan setiap meja terasa istimewa. Itulah sebabnya kami memperkenalkan Jjuk Jjuk 4 Sauces Drumsticks yang dihidangkan bersama Salad Daun Bawang (Pa Muchim) dan Lobak Putih Jeruk (Chicken Mu) serta gaya penyajian baharu. Ini adalah cara kami mengekalkan keterujaan buat peminat setia sambil mengalu-alukan pengunjung baharu untuk menikmati cita rasa Korea asli dalam suasana yang lebih premium dan menyentuh hati.”
Jjuk Jjuk 4 Sauces Drumsticks menggabungkan dua sos baharu dan dua perisa kegemaran K Fry:
- Garlic Parm Truffle Aioli (BAHARU) – Berkrim, mewah dan harum dengan bawang putih panggang, dan sentuhan truffle.
 - Chilli Padi Aji Verde (BAHARU) – Pedas menyengat dan menyegarkan dengan gabungan cili padi tempatan dan herba segar.
 - Spicy Yangnyeom – Rasa Korea asli yang manis, masin dan pedas dalam satu gigitan.
 - Honey Mustard – Lembut dan berkrim dengan gabungan rasa mustard dan kemanisan madu.
 

Perisa-perisa ini kini menjadi sebahagian tetap dalam menu K Fry, menyemai lebih banyak sebab untuk peminat kembali menikmati ayam goreng kegemaran mereka. Bagi melengkapkan pengalaman, penyajian semua hidangan K Fry turut diperbaharui, daripada hidangan legenda K’razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk hinggalah ke pencuci mulut Bingsoo yang memanjakan. Setiap hidangan kini tampil dengan gaya premium yang menjadikan pengalaman menjamu selera lebih istimewa
Gaya baharu ini direka untuk pengunjung moden yang mementingkan rasa hebat dan penampilan menarik, sama ada golongan muda yang gemar bersosial dan berkongsi kandungan, atau keluarga yang berkumpul menikmati hidangan Korea yang enak. Suasana baharu ini menawarkan sesuatu untuk semua.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini mengenai K Fry Urban Korean, sila layari laman web rasmi, Facebook atau Instagram K Fry.

