Sempena Bulan Kemerdekaan kali ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan kebanggaan negara melalui aneka rasa yang dekat di hati.

Mempamerkan pelbagai tawaran bermusim yang diilhamkan oleh cita rasa tempatan, CBTL membawakan sentuhan baharu kepada hidangan kegemaran ramai, menggandingkan tradisi dan inovasi dalam setiap hirupan dan  sajian suapan.

Lebih daripada sekadar menu bermusim, hidangan yang tersedia ini dicipta untuk merapatkan hubungan, menggamit memori indah, dan mengukir kenangan manis untuk dikongsi oleh rakyat Malaysia.

Hot Pandan Gula Melaka Macchiato

“Tiada cara yang lebih baik untuk meraikan semangat Malaysia selain melalui cita rasa yang kita kenali dan gemari. Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, kami percaya sambutan sebenar untuk negara kita bermula dengan keenakan rasa yang menyatukan kita,” ujar Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Datuk M. Amar Shah, DPSM.

“Dari cawan pertama yang telah kami hidangkan 28 tahun yang lalu ke cawan di tangan pelanggan pada hari ini, matlamat kami masih utuh untuk mewujudkan sebuah ruang di mana pelbagai komuniti dan budaya dapat bersatu.”

“Tahun ini, kami ingin memberi penghormatan terhadap pertalian kepada cita rasa ini yang bukan sahaja sinonim dengan Malaysia tapi yang juga dekat dengan hati kita, meraikan warisan, kreativiti dan kebanggaan yang kita kongsi bersama sebagai sebuah negara,” tambah beliau.

Menjadi tumpuan bagi musim sambutan ini ialah, Pandan Gula Melaka Series, yang dianggap sebagai ‘surat cinta’ The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia,  untuk Malaysia dalam sebuah cawan, dengan kelapa berkrim, pandan yang harum, serta kemewahan  karamel gula Melaka.

Biar panas, sejuk atau dalam bentuk Macchiato, ia menjanjikan rasa yang dikenali dan turut hadir dengan sensasi kesegaran baharu.

Ia memberi penghormatan kepada warisan kulinari Malaysia dengan sentuhan moden, menjadi cara yang sempurna untuk mengamati citarasa Malaysia yang sebenar.

Padankan minuman anda dengan juadah bermusim yang dirumus untuk melengkapi Pandan Gula Melaka Series.

Nikmati Pandan Gula Melaka Tiramisu for Two, pencuci mulut kegemaran ramai dengan sentuhan tempatan  baharu, dilapisi dengan Coconut Gula Melaka Crème Crown, yang disediakan secara eksklusif dengan Pandan Gula Melaka Tiramisu for Two sahaja, atau rasai Pistachio Kunafa for Two, di mana pastri yang rangup keemasan bertemu inti yang lembut dan berkacang.

Sempurna digandingkan dengan minuman musiman kami yang merangkap semangat Brew-mula, meraikan aneka rasa yang menghubungkan kita semua serta detik-detik yang manis.

Produk edisi khas Merdeka

Sambutan Bulan Kemerdekaan ini tidak terhad kepada minuman sahaja, tetapi turut dilengkapkan dengan produk edisi khas Merdeka yang menambahkan seri kemeriahan musim ini.

Tahun ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia memperkenalkan Tote Bag Batik eksklusif, sebuah aksesori bergaya dan praktikal yang meraikan warisan tempatan dengan sentuhan moden.

Direka untuk kegunaan harian yang versatil, tote bag ini sesuai digayakan apabila menikmati kopi, bersantai hujung minggu, atau sekadar menzahirkan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.

Tote bag eksklusif ini akan mula ditawarkan pada 16 September dalam kuantiti terhad, jadi jangan lepaskan peluang untuk memilikinya selagi stok masih ada.

Untuk memeriahkan lagi sambutan, para pelanggan boleh menikmati minuman kegemaran mereka dalam cawan Merdeka Hot Cups edisi khas, yang menjadi simbol penghargaan terhadap warisan budaya Malaysia dan semangat perpaduan.

Lebih daripada sekadar hiasan, cawan ini menyampaikan mesej kebanggaan dan kekitaan, satu peringatan bahawa setiap hirupan adalah sebahagian daripada kisah lebih besar yang kita kongsi sebagai sebuah negara.

Sempena sambutan ini juga, nantikan tawaran baharu diilhamkan oleh sajian kegemaran Malaysia yang penuh nostalgia, termasuk Bandung Lychee, serta kek batik yang diberi nafas baharu.

Bersama-sama, tawaran musim ini menandakan sebuah sambutan yang merangkap jiwa Malaysia, menyulam keheningan tradisi dengan keterujaan sesuatu yang baharu.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila ikuti mereka di platform sosial atau muat turun a MyCBTL App yang tersedia di Apple App Store dan Google Play Store.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *