Bersempena Hari Kebangsaan, Coolblog akan memberikan 10,000 cawan Teh Tarik Ais secara percuma kepada pelanggan yang melaungkan “I Love Malaysia” di cawangan terpilih seluruh negara pada 31 Ogos 2025.

Sebagai jenama tempatan yang berjiwa Malaysia, Coolblog teruja mengajak masyarakat bersama-sama meraikan semangat cintakan negara melalui inisiatif istimewa ini.

“Sempena Hari Kebangsaan, kami menghadiahkan rakyat Malaysia dengan minuman klasik Teh Tarik versi baharu, sambil berkongsi kegembiraan, kasih sayang dan semangat patriotik. Selamat menyambut 68 tahun Merdeka dan 20 tahun Coolblog!” ujar Pengerusi Coolblog Malaysia, Tunku Ali Redhauddin.

Pemberian minuman percuma ini merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20 Coolblog yang berlangsung sepanjang bulan, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan dan komuniti yang setia bersama jenama ini.

Melalui kempen 20 Tahun Still Cool, bermula 25 Ogos hingga 21 September 2025, Coolblog menawarkan pelbagai promosi menarik termasuk potongan 20 peratus atas minuman popular, serta menu terpilih pada harga serendah RM3, RM4 dan RM5 dengan setiap pembelian.

Mulai 1 hingga 21 September, pelanggan juga berpeluang memenangi lebih 200,000 hadiah melalui kupon Tear & Win dengan setiap pembelian bernilai RM15.

Hadiah menarik termasuk iPhone, basikal elektrik, plat emas 999.9, selain baucar diskaun & minuman percuma daripada Coolblog.

“Harga berpatutan dan rasa yang lazat sentiasa menjadi keutamaan Coolblog. Sempena ulang tahun ke-20 ini, kami menawarkan minuman kegemaran ramai seperti Strawberry Cheese Smoothies, Viral Chocolate Cheese, Honeydew Smoothies dan Unicool Magical pada harga yang lebih rendah, supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmatinya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog Malaysia, Sueli Lew pula.

Ikuti Coolblog di media sosial untuk maklumat kempen dan promosi terkini.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah