Peminat kopi di Malaysia kini boleh luangkan masa hujung minggu ini ke Suria KLCC untuk menikmati pengalaman baharu menikmati kopi dari Itali Lavazza.
Jenama yang diasaskan di Turin pada tahun 1895 ini berkolobrasi dengan aura+ membawakan Pop-Up Shop Lavazza di Centre Court, Aras Concourse, Suria KLCC.
Berlangsung dari 15 hingga 21 Julai 2025, ia menawarkan pengalaman gabungan budaya kopi Itali dengan teknologi gaya hidup moden.


Majlis pelancaran yang diadakan pada Rabu lalu dihadiri oleh rakan kongsi utama dan tetamu jemputan termasuklah kumpulan prinsipal Lavazza iaitu Pengarah Jualan Lavazza Asia, Philip Ng, Pengurus Pembangunan Perniagaan (Asia Tenggara), Annabelle, dan Ketua Pemasaran Lavazza Asia, Morning Chin.
Tidak ketinggalan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Faridul Anwar bin Farinordin, dan Pegawai Komersial dari Kedutaan Itali, Cik Erika Angelozzi
Majlis telah dirasmikan dengan ucapan oleh Pengarah Jualan Lavazza Asia, Encik Philip Ng, diikuti dengan upacara pelancaran kapsul baharu Lavazza – Crema e Gusto Forte – serta mesin kopi baharu aura+ Java One Espresso (sesuai digunakan dengan kapsul Nespresso®).
Pelancaran eksklusif ini meraikan kemunculan pertama mesin aura+ Java One Espresso di Malaysia, menggabungkan kopi Lavazza yang terkenal di seluruh dunia dengan inovasi teknologi gaya hidup.
Pengunjung juga boleh menikmati tawaran istimewa pelancaran iaitu Starter Kit berharga RM599, termasuk mesin aura+ Java One Espresso dan lapan (8) kotak kapsul Lavazza secara percuma (harga runcit biasa RM891).

Pop-Up Shop Lavazza menawarkan lebih daripada sekadar pelancaran produk. Pengunjung boleh menikmati pengalaman kopi sepenuhnya termasuk:
- Sesi merasa kopi dan Coffeetails istimewa disediakan oleh barista profesional.
- Diskaun eksklusif untuk semua produk Lavazza – kapsul, biji kopi, serbuk dan kopi segera.
- Permainan menarik dengan hadiah eksklusif barangan Lavazza.
- Dinding foto Instagram dan perkhidmatan engraving secara percuma.

Promosi khas untuk pelanggan:
-Pembelian tiga (3) kotak (atau RM60 ke atas) berpeluang memutarkan roda hadiah
-Pembelian lapan (8) kotak (atau RM160 ke atas) akan menerima pemegang kapsul atau penapis kopi percuma serta peluang mencuba Lavazza Gacha
-Pelanggan yang membeli mesin aura+ Java One akan menerima tumbler secara percuma
Sepanjang acara ini, orang ramai boleh menyertai permainan, memenangi hadiah seperti sticker dan beg galas Lavazza, serta merakam detik istimewa mereka di kawasan foto yang disediakan.
Inovasi terkini Lavazza meraikan seni penyediaan kopi Itali dan menjadikannya lebih mudah untuk semua. Peminat kopi, penggemar teknologi mahupun pengunjung umum dijemput untuk menyertai pengalaman ini di mana kopi bertemu gaya hidup moden.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman kopi yang menarik bersama Lavazza dan aura+. Jumpa anda di Suria KLCC!

