Kalau anda sedang merancang trip ke Melbourne dan mencari cari hotel yang stylish, selesa dan dekat dengan banyak tempat menarik, saya ingin cadangkan satu tempat yang memang buat saya jatuh hati, Quincy Hotel Melbourne.

Terletak di Flinders Lane, kawasan paling hidup di tengah bandar, hotel ini sangat sesuai untuk mereka yang suka meneroka kafe hipster, seni jalanan, dan tempat membeli-belah anpa perlu naik teksi atau bertukar-tukar pengangkutan awam. Semuanya literally beberapa minit berjalan kaki sahaja!

Dekorasi & Suasana Yang ‘Mood Booster’

Masuk je ke Quincy Hotel, perkara pertama yang saya perasan ialah dekorasi yang berwarna-warni dan energinya. Dekorasi hotel ni memang penuh karakter, moden, ceria, dan refleksi suasana urban Melbourne yang kreatif dan stylish. Setiap sudut adalah spot yang cantik untuk bergambar. Memang ‘Instagrammable’.

Bilik-biliknya pula direka dengan warna-warna menenangkan seperti biru, jade dan pink lembut. Bila masuk, rasa terus relaks. Lighting pun warm, sangat sesuai untuk staycation.

Bilik-bilik Yang Sesuai Semua Jenis Traveller

Quincy ada beberapa pilihan bilik, jadi tak kisahlah anda travel solo, couple atau family:

  1. Quincy Room – simple & cozy, sesuai untuk short stay.
  2. Altitude Room – lebih luas dan ada pemandangan bandar.
  3. Skyline Room – untuk mereka yang suka pemandangan city lights dari atas.
  4. Skyline View Plus – ruang lebih besar dan punya pemandangan cantik, memang best untuk trip istimewa.

Setiap bilik lengkap dengan WiFi pantas, skin TV besar, mesin kopi espresso dan kemudahan premium yang membuatkan anda rasa dimanjakan.

Rooftop Bar & Pemandangan Sunset Yang Wow

Ini bahagian kegemaran saya, rooftop bar di tingkat atas. Dari sini, anda boleh tengok matahari terbenam dan mengintai city skyline Melbourne yang memang menawan tak kira siang atau malam. Sangat sesuai untuk chill selepas seharian berjalan.

Ada juga rooftop pool untuk anda yang nak berendam sambil menikmati pemandangan, memang rasa macam hotel mewah.

Sarapan Sihat & Mesra Muslim

Bab menjamu selera, Quincy Hotel Melbourne tidak menghampakan! Mulakan hari dengan pilihan sarapan sihat, segar dan ada pilihan yang mesra muslim. Jadi, bolehlah menjamu selera tanpa risau. Kombinasi yang sempurna untuk mula hari dengan mood baik.

Jika masih ragu, boleh minta nasihat krew dapur tentang bahan-bahan yang digunakan. Untuk lebih mudah, semak label setiap makanan kerana pihak hotel kategorikan setiap makanan. Ada bebas gluten, vegetarian, mengandungi alkohol atau sebaliknya.

Kenapa Anda Patut Menginap di Quincy Hotel Melbourne?

* Lokasi A+ di tengah bandar

* Dekorasi moden, ceria dan penuh gaya

* Rooftop bar & pool dengan pemandangan yang mengagumkan

* Pilihan bilik untuk semua bajet dan gaya travel

* Sarapan sihat & mesra pelbagai keperluan diet

*Suasana yang sesuai untuk traveller muda, pasangan, dan keluarga

Kalau anda mahukan penginapan yang moden, selesa dan penuh pengalaman visual yang unik, Quincy Hotel Melbourne memang tempatnya. Percayalah, sekali menginap di sini, anda akan faham kenapa ramai review memuji hotel ini, termasuklah saya sendiri.

Share:
, , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah