Apa rancangan anda untuk sambutan tahun baharu ini? Untuk yang tidak bercuti ke luar negara dan hanya mahu berhibur dan melihat bunga api di Kuala Lumpur, baca artikel ini hingga ke habis.
Lazimnya, acara sambutan tahun baharu di Kuala Lumpur memang meriah. Daripada pesta jalanan kepada panorama skyline yang berkilauan, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai lokasi untuk anda menyaksikan bunga api dan countdown.
Sesuai untuk pelancong solo, pasangan, dan keluarga. Berikut tempat-tempat yang paling disyorkan, termasuk huraian ringkas, pengalaman, dan tip praktikal.
1. Menara KL – Pertunjukan Bunga Api Ikonik
Menara Kuala Lumpur kembali menjadi highlight sambutan Tahun Baru 2025/2026 dengan pertunjukan bunga api selepas hampir tiga dekad.
Pihak pengurusan menara mengesahkan acara ini termasuk dua pertunjukan bunga api dari titik tinggi bangunan, satu pada ketinggian 307.61 m di atas tanah, yang mencatat rekod tertinggi di Malaysia untuk pertunjukan seumpamanya.
Apa yang menanti di sini:
- Live persembahan muzik serta acara countdown bermula sekitar 9 malam.
- Bunga api menyala dari puncak menara untuk pengalaman tak terlupakan sambil melihat seluruh skyline KL.
Tiket & tempat:
- Ada pilihan tiket termasuk akses observation deck dan sky terrace (harga berbeza bergantung lokasi). Paling murah RM29 dewasa dan paling mahal RM234 (dewasa)
- Sesuai untuk mereka yang mahu gabungkan pengalaman bunga api dengan pemandangan seluruh kota.
Anggaran kos : RM100- RM300 (makan, minum, dan parkir) seorang.
2. Bukit Bintang – Street Party & Countdown Percuma
Bukit Bintang adalah tempat hiburan tumpuan di Kuala Lumpur. Jalan-jalan di sekitar dipenuhi dengan muzik, pengunjung, dan semangat tahun baharu.
Kenapa pergi ke sini:
- Spot ini sering jadi lokasi count-down percuma dengan suasana hidup dan kadangkala ada pertunjukan bunga api dari kawasan sekitar.
- Tempat yang bagus untuk makan, minum, atau bersiar-santai sebelum masuk waktu tengah malam.
Anggaran kos : RM30 – RM90 (bergantung kepada makanan dan pengangkutan anda ke sini) seorang.
💡 Tip: Datang awal sebab kawasan akan ramai sangat selepas jam 8 malam.
3. Taman KLCC dan Menara Berkembar Petronas – Tempat Ikonik
KLCC Park merupakan tempat klasik untuk menyambut Tahun Baru dengan latar Menara Berkembar Petronas, salah satu mercu tanda paling ikonik di Malaysia. Selalunya DÔME (KLCC) juga akan menawarkan acara makan malam dan parti sambutan tahun baharu dengan muzik dan suasana meriah.
Anggaran kos : RM60 – RM120 (makan, minum dan parkir) seorang.
💡 Tip perjalanan: Tiba seawal 6–7 petang jika mahu tempat strategik sebab kawasan ini sangat sesak pada malam 31 Disember.
4. Taman Tasik Titiwangsa – Santai Dan Mesra Keluarga
Untuk suasana lebih tenang dan pemandangan jarak jauh, Taman Tasik Titiwangsa adalah lokasi ideal. Terutamanya untuk yang berkeluarga. Di tasik ini anda boleh menikmati pemandangan skyline KL dan letupan bunga api dari jarak jauh tapi masih cantik.
Anggaran kos : RM40-RM90 seorang
5. Desa ParkCity – Jauh Dari Kesesakan
Desa ParkCity ialah kawasan komuniti yang selesa untuk sambutan tahun baru dengan suasana lebih chill dan kurang sesak.
Kelebihan:
- Pilihan yang sesuai kalau anda nak sambut NYE secara lebih santai bersama keluarga atau kawan.
- Tidak semestinya ada bunga api rasmi, tetapi ramai datang sini untuk melihat panorama langit berubah warna.
Anggaran kos : RM60–RM120 seorang
6. Ampang Lookout Point – Lihat Dari Kejauhan
Jika anda tidak suka dengan pilihan di atas, anda boleh cuba Ampang Lookout Point atau kawasan-kawasan tinggi sekitar Klang Valley yang memberi pemandangan panorama bunga dari jauh.
Anggaran kos : RM30–RM70 (memandu sendiri) seorang.
💡 Tip perjalanan: Datang lebih awal (sebelum jam 9 malam) untuk dapat spot yang bagus kerana ramai orang naik ke sini untuk sunset / pemandangan malam dari puncak.


