Terus terang, tidak pernah terfikir untuk ke Selama yang terletak di utara Perak. Sehingga sekarang, hanya tahu kewujudan Selama pun dari kelas geografi waktu sekolah dahulu – sebagai salah satu tempat yang menerima taburan hujan yang tinggi di Semenanjung Malaysia.
Sewaktu mendapat jemputan dari pihak Tourism Malaysia dan Majlis Daerah Selama (MDS), dengan penuh yakin kata yes. Antara sebab utama, tidak pernah jejakkan kaki ke Selama dan definitely akan ada hidden gems tersendiri. Selama yang terletak di utara Perak, merupakan daerah yang masih mengekalkan kehijauan yang lebih dari 90%, dimana lebih 50% adalah hutan yang terletak di kawasan Banjaran Titiwangsa. Selain itu, terdapat 7 Air Terjun atau orang Perak panggil Lata di Selama.
Perjalanan ke Selama
Jika memilih untuk memandu sendiri, boleh menggunakan lebuh raya Utara Selatan, dan keluar di Alor Pongsu atau Bukit Merah. Selain itu boleh memilih untuk menaiki ETS dan berhenti di stesen Parit Buntar, perjalanan mengambil masa lebih kurang tiga jam. Dari stesen ETS Parit Buntar, kami dijemput oleh pihak MDS. Perjalanan ke bandar Selama, mengambil masa tidak lebih dari 1 jam.
Selesai makan tengahari di pekan Selama, aktiviti diteruskan dengan lawatan Galeri Keris Pak Din Komando. Menjadi pilihan pihak Istana, antara servis disediakan selain membuat keris adalah cuci keris. Tahukan anda, a very good kualiti keris boleh bernilai sehingga puluhan ribu ringgit. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis keris lama dan pedang samurai Jepun yang berusia puluhan sehingga ratusan tahun.
Kami juga sempat singgah ke Kolam Pancing Udang Galah Air Gunung. Di Selama terdapat lebih dari 300 kolam perusahaan udang galah. Menarik tentang kolam pancing udang galah ini adalah mereka hanya menggunakan air gunung untuk pembiakan udang galah dan kolam pancing mereka. Tidak lengkap lawatan tanpa disajikan Mee Udang Galah, Freshly caught, rasanya udang galahnya sedar segar dan manis.
Sebelum pulang ke tempat penginapan, sempat singgah sebentar di Lata Titi Dua for a quick photoshoot yang terletak di Jalan Selama-Gerik. Seriously, Lata Titi Dua sungguh cantik pemandangannya. Oh sebelum terlupa, kami menginap di Selama Inn, yang di jaga oleh pihak MDS.
White Water-Rafting di Lata Rambung
Aktiviti yang ditunggu-tunggu untuk trip ini adalah water-rafting. Pertama kali cuba water rafting di Kuala Kubu Baru, dan terus addicted. Water-rafting di Selama diuruskan oleh Selama Rafting. Bayaran yang dikenakan bermula dari RM90-RM130.
Dengan “adrenaline rush” dan berada hampir tiga jam dalam air, walaupun penat, tetap menyeronokkan. Jerit tu sudah pasti especially bila sampai dikawasan yang “rough”.
Habis water rafting dan makan tengahari, aktiviti di teruskan dengan lawatan ke IKS yang berdekatan, antara nya adalah kontena hotel, dan perusahaan madu kelulut. Satu benda baru belajar ketika melawat perusahaan madu kelulut – tidak semua madu itu manis. Betul. Tak tipu. Seperti diterangkan oleh pengusaha madu kelulut, lagi tinggi lokasi lebah kelulut itu, lagi masam rasa madunya.
Untuk mereka yang berminat aktiviti memanah dan berkuda, boleh singgah di Laman Sunnah APS. Selain itu untuk anak kecil, mereka boleh berenang di kolam mandi yang tersedia.
Sebelum pulang ke Selama Inn, kami sempat ke Lata Tebing Tinggi untuk minum petang sambil menikmati keindahan air terjun. Selain chalet yang tersedia, kawasan Lata Tebing Tinggi juga menyediakan fasiliti lengkap seperti bilik mandi, kawasan rehat dan juga surau. Jika mahu menginap disini, sila pilih bilik yang mengadap air terjun, bangun pagi boleh terus terjun ke dalam air terjun yang dingin dan segar.
Sungai atas Sungai dan Telaga Gergasi
Hari terakhir dan selepas selesai sarapan, kami terus ke Pekan Selama untuk bergambar di Lorong Kenangan. Terdapat pelbagai lukisan mural cantik yang sangat “Instagrammable”.
Bila dilihat jadual aktiviti untuk hari ketiga, tertulis lawatan ke – Sungai atas Sungai and I was like “Betul ke?” Yup, hanya terdapat di Selama. Hasil tinggalan British, a men made sungai atau saliran ini melalui sungai yang terletak dibawahnya. Waktu dahulu, saliran ini digunakan untuk melombong bijih timah.
Laluan air dari Sungai atas Sungai ini dibawa terus ke Telaga Gergasi – seriously besar dan sedalam 18 meter. Diberitahu juga, air telaga ini akan dilepaskan terus ke Tasik Bukit Merah.
To be honest, I never thought Pekan Selama sebenarnya mempunyai pelbagai aktiviti pelancongan menarik untuk diterokai. Trip 3hari 2malam tidak cukup dan pastinya akan kembali untuk explore more about Pekan Selama.