Steakhouse ikonik dari New York, Smith & Wollensky Kuala Lumpur, kini secara rasmi menjejakkan kaki ke Malaysia.

Pada 18 Januari 2026, jenama yang sinonim dengan stik premium, pesona klasik dan hospitaliti bertaraf dunia ini meraikan pembukaan cawangan pertamanya di Aras Bawah Suria KLCC, sekali gus menandakan satu detik penting dalam pengembangan globalnya.

Lebih empat dekad selepas ditubuhkan di New York, Smith & Wollensky membawa roh ‘America’s Steakhouse’ ke tengah-tengah Kuala Lumpur. Dengan sentuhan tempatan yang halus dan penuh makna.

Setiap perincian, daripada peralatan makan hingga etika perkhidmatan ala New Yorker, direka bagi mengekalkan legasi jenama, sambil menyesuaikan pengalaman menjamu selera dengan citarasa tempatan. Penggunaan daging yang diperakui Halal turut memastikan pengalaman ini dapat dinikmati oleh semua.

Majlis pembukaan rasmi berlangsung dalam suasana penuh elegan, menggabungkan seni kulinari, hiburan dan nilai sosial. Persembahan tarian singa membuka tirai malam berprestij itu, diikuti upacara pemotongan reben oleh dif-dif kehormat serta hiburan jazz secara langsung oleh Dasha Logan, yang menyempurnakan suasana eksklusif restoran tersebut.

Di sebalik keenakan hidangan, Smith & Wollensky Kuala Lumpur turut memperkenalkan inisiatif tanggungjawab sosial pertamanya di Malaysia menerusi Komitmen Kesedaran Kesihatan Mental, dengan kerjasama Plus Vibes.

Inisiatif jangka panjang ini memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran dan pendidikan mengenai pemakanan berhemah serta kesannya terhadap kesejahteraan mental, termasuk perancangan untuk menganjurkan sesi ceramah dan forum kesihatan mental di restoran tersebut sepanjang tahun 2026, selain sumbangan kepada badan bukan kerajaan berkaitan kesihatan mental.

Dengan kapasiti melebihi 300 tetamu, restoran ini menawarkan sajian sepanjang hari, bilik makan peribadi, tempat duduk bar dan ruang acara serba lengkap untuk majlis sosial mahupun korporat.

Lebih daripada sekadar sebuah steakhouse, Smith & Wollensky Kuala Lumpur memposisikan dirinya sebagai destinasi gaya hidup dan sosial, tempat di mana kisah dikongsi, hubungan terjalin dan detik istimewa diraikan.

Seperti falsafah jenama ini sendiri, ia adalah sebuah perayaan terhadap warisan, cita rasa dan kebersamaan, di mana setiap kunjungan terasa seperti pulang ke rumah.

Foto oleh: Allisamazing

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah